TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Friday, March 19, 2010 / -3:10:00 PM
How Lucky U R ..



بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

Ada atau tidak diantara kita, yang berasa menyesal atau berasa amat menyusahkan apabila dilahirkan sebagai seorang perempuan/wanita?Ada atau tidak wanita yang dilahirkan sejak kecil dengan jantina perempuan tetapi apabila dewasa mahu pula menukar jantina kepada lelaki atau berlagak seperti lelaki/tomboy?Jika ada yang berperasaan demikian, sesungguhnya anda adalah perempuan/wanita yang teramat-amat RUGI!!!Seharusnya kaum hawa sekalian wajib bersyukur kepada Allah S.W.T kerana Dia telah menciptakan diri anda menjadi seorang perempuan/wanita yang sempurna di sisi-Nya..Mengapa pula kaum hawa perlu bersyukur?Untuk mengetahuinya, bacalah '19 Hadis Rasulullah S.A.W mengenai Wanita':

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda S.A.W., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. ., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W. , "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. , "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W.) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Labels:


22 comments
» Thursday, March 11, 2010 / -11:22:00 PM
Sadly Missed......



بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

Dah lama sebenarnya nak berkongsi cerita tentang 'hobi' saya yang satu nie tapi baru sekarang agaknya terbuka hati nak post entry tentang nie..Apatah lagi baru2 nie saya ada baca entry di belog Akak Nza tentang hobi anaknya Si Bebi..Dan disebabkan 'kerinduan' saya pada 'dia', memanggil2 saya untuk menulis di sini.. 


Actually,saya mula berminat dengan 'hobi' nie bila saya pergi berziarah ke rumah rakan baik Ibu saya..Saya panggil dia Anty Suraiya..Dulu, Anty Suraiya tinggal di kawasan taman perumahan tapi sekarang dia beli sebidang tanah & bina sebuah rumah batu di kawasan lapang berhampiran bendang..Senang nak becucuk tanam & buat macam2 kalau ada tanah sendiri,katanya..Anty Suraiya nie ada 1 hobi..Hobinya membela Ikan..Dekat rumah dia nie ada bela Ikan Keli dan Ikan Laga..Tapi yang menarik minat saya tu bila dia tunjuk Ikan Laga yang dia bela..Sangat cantik,berwarna-warni!Bermula dari situ lah saya pun berjinak2 dengan hobi membela 'Siamese Fighting Fish' ataupun dengan nama saintifiknya 'Betta'..


Balik je dari rumah Anty Suraiya, keesokan harinya saya ajak hubby pergi ke kedai yang jual Ikan2 perhiasan..Bila sampai di kedai ikan2 pehiasan di pekan berdekatan rumah, sessi memilih 'calon' pun bermula..Waktu tengah pilih2 tu lah saya tertarik dengan seekor female betta berwarna biru+sedikit maroon nie..Jadi,saya pun beli ikan nie dengan balang nya sekali then bawa balik ke rumah..
Selang 1minggu selepas tu,me dgn my hubby cadang nak pergi membeli-belah di JUSCO..So,kitorang pun ke JUSCO..Baru je kitorang melangkah masuk JUSCO tu tiba-tiba kitorang ternampak ada sorang budak perempuan nie jual Ikan Laga..Kitorang terus tuju ke situ dulu..Yang plan nak shopping2 tadi tu dah lupa dah sekejap..Dekat situ kitorang tengok,banyak pulak Ikan Laga cantik2 yang budak perempuan nie jual..Jadi, kitorang beli sekor lagi untuk di letak di rumah..Kali nie kitorang pilih male betta yang red color+sedikit indigo..Nama dia 'Red Armor'..Ikan yang nie kire Ikan my hubby, so nama dia Enchik Hubby lah yang pilih.. :)

Saya bela 'Baby Blu' dengan 'Red Armor' nie lebih kurang dalam 6bulan..Tak susah pun nak bela Betta Fish,just letak dia dalam balang yang berisi air kolah atau air mineral/distrilled water untuk dia hidup..Tak perlu letak dalam air yang beroksigen macam bela Ikan Emas tu..Makanan dia pun hanya larva,nyamuk,cacing2 kecik ataupun makanan Ikan/Fish Pallet..

TAPI,Baby Blu dengan Red Armor nie PELIK sikit sebab mereka nie tak mau makan benda2 tu semua sebaliknya mereka makan Roti Gardenia yang dicubit halus2..Jika bagi fish pallet or selain daripada Roti Gardenia,mereka tak kan makan & sentuh sikit pun makanan tu!Saya pun tak tau kenapa macam tu..!?Demand jugak Red Armor dengan Baby Blu saya nie..

Ada masa lapang,saya suka lah main2 dengan Baby Blu & Red Armor..Serunuk tengok die kodek2 die punye ekor & fin tu..Bile die berenang,meliuk lentuk badan dia..Cantikk,sangat..Tapi..sejak seminggu yang lalu,selepas saya cuci-cuci bekas balang mereka tu..Saya tukar dengan mineral water yang baru,saya nampak my Baby Blu dah tak aktif berenang macam dulu,dah tak mau bermain2 dah dengan saya macam dulu..Saya ingat nie perkara biasa,mungkin lepas tukar air dia jadi macam tu sekejap..

Tapi bila saya tengok 'keadaan' dia makin hari makin berubah,dah susah nak bergerak,badan macam nak terbalik2 je,saya pun makin risau..Saya bagitahu hubby(waktu tu hubby di tempat kerja,saya call dia..Rasa macam nak nangis jugak lah) yang Baby Blu 'dah lain macam'..Lepas balik dari kerja tu my hubby tengok Baby Blu dalam balang,hubby saya cakap yang dia pun tak tahu kenapa Baby Blu saya macam tu..Tengok Red Armor okay aje,aktif tak macam Baby Blu ..Tapi hubby saya cakap yang dia agak Baby Blu jadi macam tu besar kemungkinan waktu saya cuci balang tu dengan sabun & bila saya bilas balang tu dengan air tapi sisa sabun tu masih melekat di balang..Kiranya balang tu tak dibilas bersih..Sedih bila jadi macam tu..Jika salah saya,saya bukan sengaja nak buat Baby Blue macam tu..Maafkan saya Baby Blu .. :'( Tapi memang saya dah make sure,saya dah cuci dan bilas balang tu dengan air sampai 2,3x..Saya kira dah habis bersih dah tu..Atau mungkin ada sebab lain Baby Blu jatuh sakit.. :'(


 
Badan dah pucat2..Beza dari warna dia sebelum dia sakit.. :'( 

So,hubby saya cakap..lebih baik lepaskan dia ke tali air dekat sawah berdekatan daripada tengok dia mati di depan mata..Hubby cakap kalau lepaskan Baby Blu di tali air dekat bendang tu dia akan okay semula,mungkin..Saya pun rasa macam tak sanggup kalau tengok dia 'pergi' di depan mata saya jadi saya ikut cadangan hubby..Malam Khamis tu jugak kami berdua,lepaskan dia masuk dalam tali air tepi sawah berdekatan..Waktu lepaskan Baby Blu tu,saya rasa sedih sangat dalam hati..Cuma bila sampai di rumah,sehingga ke hari nie pun saya masih berharap yang Baby Blu masih hidup dalam tali air tu..Semoga umur Baby Blu masih panjang ..Amin.. :'(

InsyaAllah..lepas nie saya nak jaga Red Armor baik2 walaupun orang cakap lifespans Betta bertahan cuma 2-3tahun sahaja..Saya harap Red Armor tak sakit macam Baby Blu..Bila 'kehilangan' hanya seekor Ikan kecil pun saya dah rasa sedih,macamana lah pula jika saya bela kucing & kucing yang saya bela tu hilang ataupun mati..Dah tentu saya meratapi kehilangan tersebut..Dan disebabkan tu lah, saya tak mahu membela kucing di rumah meskipun saya berminat dan suka dengan haiwan berbulu yang chumel tersebut......

**RINDU MY BABY BLU........... :'[

Labels:


10 comments
» Wednesday, March 10, 2010 / -11:00:00 AM
Happy!


بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

Heheeeeee..hepiiii..hari nie,coz terima bungkusan daripada Enchik 'Peace'!



 
Enchik "Peaceeeeee..!"
 


Hari tu dah dapat free movie passes untuk tonton Astro Boy & Wolfman Movie daripada Galaxie Mag..Hari nie dapat T-shirt limited edition pula..Na..ahh..!Bukan saje2 dapat tau,tapi kene join contest yang dorang buat dalam Majalah Galaxie dulu baru boleh menang macam2 hadiah & freebies..Thanks sangat3x to Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn Bhd & especially to Galaxie coz selalu bagi saya menang!

Selalu dapat parcels yang kecik2 je dari Galaxie but this time saya dapat parcel yang besar pulak..So agak terkejut skettt..


Hari nie saya rasa 2x happy..1x happy coz dapat T-Shirt tu & 1x happy lagi coz dapat jumpa my bff saya,Shashah..Dah lame sangat tak jumpa,hampir-hampir sebulan juga lah tak jumpa..Rindu sangattt dekat dia!Kitorang pergi makan2 dekat Keys Char Koay Teow Seberang Jaya & sebelum makan kitorang sempat snap pix tapi saya rasa macam nak marah pada diri sendiri sebab waktu nak copy pix from camera to lappy,saya dah terdelete gambar dia yang makin slim & chumel sekarang nie!Dah lah pakat snap pix sorang sekeping je.. :-( ( Marah pada diri sendiri! ) 
Oh!Oh!Sebelum saya jumpa Shashah tu saya ade order Chocolate dari dia..Beli daripada dia saya dapat harga yang agak murah daripada harga Chocolate Vochelle yang selalu dibeli dari Supermarket tu..
Semua chocolate RM60..Aeppp!Bukan saya yang nak makan sume tu tapi Mom dengan Opah yang order sorang RM30..Saya tengah diet,tak boleh makan ini coz ia sangat manis!Lagipun kalau saya makan,bertambah-tambah 'manis' lah saya nanti,ummm..susah pulak nanti kan!Bluweeekkk..manis laaa..sangat..Perasan!

**Mood: Happy
Sekian dulu, untuk hari Rabu yang indah.. ^__^


Labels:


9 comments
» Monday, March 8, 2010 / -4:47:00 AM
'What Style & Color I Am' Contest by Mizz Vee Violet


بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

'What style & color I am?'..Ape yang ''style & color2" tu??Nak tahu,ape die tu..Mari baca sampai habis..'What style & color I am / Apakah gaya & warna diriku' adalah contest yang dianjurkan oleh Cik Vee..Ini 1st contest organized by Cik Vee..Betul ye,Cik Vee Violet??Kalau macam tu congrats to Cik Vee becoz finally Cik Vee berjaya menjadi organizer contest yang stylo vogue da vass gitu!Wink2x.. ^__*
Cik Vee yang friendly,kind,sweet & sporting..
Actually, contest ini bermula daripada 1st of March lagi tapi saya yang kesuntukan masa nak publish entry tentang contest nie..Kalau ada masa tu blog pulak buat hal,tak pun line internet tak okey.. :-( Nie,mujur Cik Vee kasi chance prolong contest untill April depan..Kalau tidak deadline nya semalam lagi..TERIMA KASIH to Cik Vee kerana amat memahami..

So,kepada kawan2 or sesiapa yang memiliki blog & rasa nak join contest nie boleh semak syarat2 contest di belog Miss Vee..Oleh yang demikian,harus lah saya men'join'kan diri dalam contest ini..Since last week lagi tau saya create pix gaya saya yang tak berapa nak bergaya tu but baru hari nie dapat published..To Cik Vee,SORRY coz I tak pandai bergaya seperti U..Dakoo hanya lah seorang gadis pingitan.. (-.-) Cik Vee,sila reviewww belog I,ye..Thank U!! ( Kepada kawan2 sila visits blog Mizz Vee Violet & harap anda sudi vote untuk saya..TRIMAS! ^__^V

My favorite color is brown,ice blue & pink..But the color I like the most ofcoz lah brown color..Why I like brown,ice blue & pink color?Bila saya tengok building yang bercat coklat,harus mata akan terbuntang & memandang building itu tanpa berkelip2x..
 Brown building..Cantik kan!

Andaikata saya ini Superman,ade laser eye with heat radiant energy tu humm..bayangkan la ape akan jadi dengan bangunan berkenaan..
Superman with laser eyes..
Drp pakaian hingga ke warna langsir rumah pun warna coklat! Kalau tak kaler background baju yang berwarna coklat,corak2 dekat baju pun mesti mau ada warna coklat!Obses ke saya dengan warna coklat??Heee..tak kut sebab masih ada pakaian saya yang berwarna lain selain dari brown color..Tapi kadangkala pemilihan warna juga bergantung pada mood..Ada hari nya saya suka warna coklat,ada hari yang lain pula saya suka warna merah menyala semangat waja!Ikut mood saya pada hari tu lah kut..Hummm..saya pun tak faham kenapa macam gitu..!?
Okay,sekarang saya nak cerita pulak kenapa saya suka ice blue color..Apa sebabnya saya suka ice blue color?Kerana warnanya yang lembut,tenang & teduh gitu..Bila terpandang warna nie,terasa ala2 berada di pantai pula kaedahnya..

The beautiful blue water beach

How about pink color?Warna pink,1 warna yang lembut & feminin yang memang sinonim dengan wanita..Tapi jika ada kaum adam yang obses dengan warna pink macamane??Humm..begini agaknya jadi..Hihiiiiii..
Pix 'Sutun' ihsan gugel.. 
p/s: Sori..taim pakai baju pink tak pulak snap pix..Ganti pix nie,boleh Vee?? :-p

 My fashion style!OMG..malunya nak cakap tentang my fashion style coz fesyen & gaya saya nie tak sechumel & sestylo Cik Vee bergaya bak gaya model tersohor itu..Mungkin gaya saya,biasa2 & kasual muslimah..Walaupun hakikatnya nampak lebih kepada gaya ala2 rojak buah!Humm..hantam saja laaa..Asalkan jangan jadi macam dalam gambar di bawah nie suda..
Apa kaaa..???
 Kikikikiki..

p/s: Pls vote [ PLEASE CLICK HERE TO VOTE ME ] for me,yekk!Thank You so much!Mmwwahh!



Labels:


19 comments
» Sunday, March 7, 2010 / -11:58:00 PM
Pink Muslimah Store Giveaway/Freebies!


بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

How r u?? ^__^
Update entry laju2x!!!

Cik Puan Ummi Hanie nie kalau nak diikutkan boleh digelar usahawan berjaya..Giat sungguh beliau buat online biz..Fulltime housewife yang bakal bergelar usahawan internet berjaya,ye Cik Puan..InsyaAllah..Dari biz e-book,barang kemas Zhu Lian sampai la biz yang latest sekali biz batik kaftan..
Sempena pembukaan online shop Cik Puan Ummi Hanie iaitu Pink Muslimah Store,beliau nak bagi batik kaftan PERCUMA untuk para follower nya di belog Pink Muslimah Store..Jadi,untuk dapatkan batik kaftan percuma,harus anda letakkan banner giveaway Pink Muslimah Store di belog anda..
Create your own banner at mybannermaker.com!
Actually,deadline die dah dekat sangat..So,saya pun rushing update entry nie..Harap sempat & masih boleh diterima oleh Cik Puan Ummi Hanie..
Huhu..(Terketar2 jari & tangan ku menghapdet!)Sile lah terjah belog saya Cik Puan! Thanks Cik Puan..Dan Tahniah to Cik Puan Ummi Hanie coz berjaya buka 1 lagi online biz sendiri!To siapa2 yang nak beli batik kaftan boleh singgah shopping dekat Pink Muslimah Store..Kaftan dekat sana semua cantik2x! :)





Labels:


9 comments
» Monday, March 1, 2010 / -11:26:00 PM
Bisikan Rindu..


بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم
Hello to all of my friends & readers..

Hari nie saya ambil cuti half-day..Lemas dengan kerja seharian jadi hari nie baru dapat bernafas dengan lega.. :) My schedule was too hectic..Untuk kemaskini blog pun saya kekurangan masa..Entri saya untuk bulan Februari pun adalah yang paling kurang,5 posting shj..Sedih,sedih..InsyaAllah..lepas nie akan cuba cari ruang & masa untuk kemaskini blog & buat blogwalking..
Selalu juga terbit rasa bersalah bila teringatkan ada blog kawan2 yang saya tak sempat jenguk,invitation contest dari kawan2 yang saya tak sempat ushar lagi..Tolong lah MAAFKAN saya kerana kelemahan2 & ketidakupayaan saya itu..

Jadi hari nie masanya memanfaatkan cuti half-day saya dengan xtvt2 yang tak dapat dilakukan di waktu2 puncak itu..Dan yang paling best hari nie adalah bila saya dapat luangkan masa untuk berjumpa 'seseorang'..Dah 3hari 'tak jumpa',baru hari nie dapat jumpa 'dia' semula..Rinduuu..Ewahh..siapa tu,ya?Nak tahu saya 'bertemujanji' dengan siapa pukul 6:30petang tadi?Ehemmm..Dengan 'Cik Na O Mei' lah..Wink2x!Chumel sangat 'Na O Mei'@Elly Mazlin dalam cerita nie..Suka tengok dia..('Reza'@Adi Putera pun agak kacak juga lah.. :)
'Na O Mei' drama bersiri dalam slot Akasia di TV3 every Monday to Thursday jam 6:30-7:30petang tu..Ade tengok tak?Saya tak pun follow cerita nie dari mula sebenarnye..Baru2 nie sj saya mula follow 'Na O Mei'..Jalan cerita best walaupun kadang2 macam meleret sedikit..Tapi yang paling3x best tu ofcoz lah lagu2 dalam drama nie..Sedap betol lagu dia rasa macam Ais Kerim Paddle Pop..Harus saya download.. :) Kalau ada yang nak dengar & download lagu tu just klik link di bawah,okay.. :)
Enjoice!



p/s: But unfortunately,Lagu 'Bisikan Rindu' tu tak dapat full lah.. :(



Labels:


13 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Semoga Tuhan Memberikan Anda Hidayah..
  • How Lucky U R ..
  • Sadly Missed......
  • Happy!
  • 'What Style & Color I Am' Contest by Mizz Vee Violet
  • Pink Muslimah Store Giveaway/Freebies!
  • Bisikan Rindu..
  • Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)
  • Xin Nian Kuai Ler!
  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati