TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Thursday, December 31, 2009 / -11:59:00 PM
**STICKY MODE**Top Commenter Contest


Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan untuk contest ini:
1st Prize Winner  : RM30 Cash
2nd Prize Winner : RM20 Cash
3rd Prize Winner  : RM10 Cash
4th to 10th Prize Winner: Consolation Prize

Top Commenter Contest has officially begun on 1st of December 
and will be ended on 31st of December 2009 ( 11:59P.M ).. 
Berserta syarat untuk dapatkan $$$$:
1. Follow atau link kan blog Ummi Hanie dgn blog anda
(You can choose either follow or link back)
2. Buat entri ringkas tentang contest ini berserta STICKY MODE
3. Jika nama anda tersenarai dalam senarai Top 10 Commenter tetapi
anda tidak memiliki blog,maka penyertaan anda TIDAK DIKIRA..Harap maaf..
 4. Komen yang berunsur NEGATIF tidak akan diambilkira..
      Kritikan membina dibenarkan..Sila beri komen dengan bahasa yang sopan..
Hadiah MISTERI akan diberikan kepada TOP REFERRER!

p/s: Jom join!



Labels:


29 comments
» / -10:21:00 AM
Memories of 2009 ( Welcome 2010! )

Assalamu'alaikum..
Pejam celik,pejam celik,sedar tak sedar dah tiba pun kita di penghujung tahun 2009..Lebih kurang 24jam++ tahun baru 2010 bakal menjelma..Selama mengharungi tahun 2009 segala macam pengalaman dilalui..Ada yang manis untuk dikenang,namun ada juga yang pahit yang tak mampu dilupakan..Apa pun jua yang terjadi Alhamdulillah..saya masih jua tetap teguh berdiri & tabah menghadapi semuanya sehingga lah ke detik ini..
Entah kenapa rasa bagaikan baru semalam saya berada dalam tahun 2009..Esok pula dah nak melangkah ke tahun 2010!MasyaAllah..singkatnya masa,pantasnya waktu yang berlalu..Usia pun semakin menginjak..Amalan pula terasa masih kurang..Masih kah saya punya waktu untuk menghambakan diri pada Allah??Tu lah yang saya fikirkan setiap hari..Moga Tuhan masih lagi memberikan saya kesihatan & kesempatan pada hari esok & hari2 seterusnya untuk saya terus menunaikan kewajipan saya sebagai hamba-Nya yang taat & mengamalkan segala perintah-Nya..
Memandang sekilas pada segala kenangan yang merungkai kesedihan dalam hati saya pada tahun ini dengan kembalinya Aunty Fatimah & Mak Teh saya ke Rahmatullah..Baru malam kelmarin arwah Mak Teh hadir dalam mimpi saya..Dalam mimpi tersebut Mak Teh duduk disebelah saya,kami berbual & sekali-sekala Mak Teh tersenyum sambil memaut lengan saya dengan mesra tapi kemudian mimpi tersebut terhenti sampai di situ saja..Saya tak tahu kenapa & apa pak maksud disebalik mimpi tersebut..Apa pun,saya tak lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mak Teh..Semoga Mak Teh aman & bahagia hendaknya di sana.. :')
Saya tidak tahu apa yang akan saya lalaui pada tahun 2010 nanti..Semoga yang baik2 saja berlaku..Tetapi jika sebaliknya,semoga Tuhan berikan saya ketabahan hati & kekuatan iman untuk menghadapinya..
Kehidupan saya sekeluarga melalui kehidupan yang aman & bahagia pada tahun ini seperti juga tahun2 yang sebelumnya,Alhamdulillah..cumanya..kami kekurangan 1 sahaja iaitu cahayamata..Tanggal Mac 2009 nie genaplah 2tahun usia perkahwinan saya & suami tercinta..Agak cemburu juga saya kadang2 bila melihatkan ibu2 yang dah memiliki anak2 yang chumel2 belaka..Dalam hati sering berkata,"Bila lah ku pula dapat miliki bebi2 yang chumel macam bebi2 dorang tu..?"..Hummm..apa kan daya,rezeki masih belum memihak kepada saya & suami agaknya,kan..Tak apa lah,saya & suami akan tetap terus berdo'a semoga suatu hari nanti rumahtangga kami akan lebih berseri dengan kehadiran seorang cahayamata.. :)
Di tahun 2009 juga banyak meninggalkan kenangan manis pada saya dalam dunia blogging..Di sini lah saya 'menjelajahi' dunia dengan lebih luas & juga mengenali ramai rakan2 blogger yang rata2nya sangat friendly,baik hati,mengambil berat & yang sedia membantu bantu di saat saya memerlukan bantuan tidak kira dari segi bantuan sokongan moral atau sebagainya..Antaranya Kak Nza,Adol,Hanie,Bie Azreena,Hada,Nana,Lynn,Bulan,Pearls,Mbak Nura,Aien,Encik Mat Ju,Vee dan anda semua..(Bukan mereka sahaja tetapi nama teman2 yang lain juga termasuklah anda semua juga sentiasa ada DI HATI saya!)Sungguh saya teramat2 menghargai ikatan persahabatan kalian walau sekadar hanya di 'dunia maya'..Semoga kita berpeluang pula untuk bersua-muka satu hari nanti..InsyaAllah..

Semoga 2010 memberi tuah,kebahagiaan,kejayaan & kegembiraan buat saya & juga anda semua..InsyaAllah.. :) Selamat Tinggal 2009..Selamat Datang 2010!


p/s: Ade ke yang dah plan untuk sambut Malam Tahun baru malam nanti? :)
Untuk para remaja & muda-mudi yang nak sambut tahun baru malam nanti,harap2 jangan lah ada yang sambut dengan merempit & berparti sehingga lupa diri & jangan lah sampai melakukan sesuatu yang di luar batasan agama & syariat..

Labels: ,


16 comments
» / -7:27:00 AM
Al-Fatihah di atas Pemergian Bonda kepada Syahadah

Assalamu'alaikum..
Kehilangan semalam adalah suatu takdir yang telah ditentukan Allah S.W.T..
Meskipun kehilangan adalah suatu tragedi tidak dipinta yang mengundang airmata 
dengan 1000 kesedihan tak terucapkan tetapi saya amat2 berharap agar Syahadah atau lebih mesra saya sapa sebagai Hada akan rela,redha & tabah dalam menerima pemergian bondanya yang tercinta iaitu Allahyarhamah Puan Zaina Binti Jahara yang telah pergi menemui Penciptanya pada 29 Disember 2009 yang lepas akibat menderita kesakitan dalam tempoh yang agak lama..My deepest condolence to Hada & family..Al-Fatihah..

Mari lah rakan-rakan semua kita sedekah kan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah bonda kepada Hada..Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat & semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman..


Labels: ,


8 comments
» Monday, December 28, 2009 / -10:37:00 PM
Happy Birthday to Nana..

Assalamu'alaikum..
 
Happy Birthday to Nana..
Semoga DIPANJANGKAN USIA serta DIMURAHKAN REZEKI Nana..Amin..

Wish you the HaPPiNeSs & BLeSseD from Allah..

Nana
p/s: Dah lame Nana tak update Blog.. :( Sian Nana tak larat.. 
Nana pun selalu saja tak sihat,kan..Harap Nana akan cepat sembuh dari
sakit yang Nana alami..Amin..
p/s:  Thanks to Miss Vee ingatkan Ieda birthday Nana hari nie.. :)


Labels: ,


11 comments
» Saturday, December 26, 2009 / -8:19:00 PM
Cabaran Level Master (TYVM 4 Ur Votes & Comments!)

Assalamu'alaikum..
Cabaran Level Master (Level 1-4) dah pun berakhir..(Sorry ye coz agak terlewat publish n3 nie..Bayangkan nak publish n3 nie pun amek masa 3jam..Lappy hang,tenet lembab..redha & sabar je laaaa..)Result pun dah keluar lame dah,5 hari lepas kut,ye..Walaupun sangat sibuk dengan kerja di pejabat,(end of the year memang camnie..)kerja di rumah lagi tapi saya curi-curi juga masa yang ada untuk join contest yang betol2 la mencabar mental & fizikal saya nie..Sudah lah task nye memang buat saya perah otak..(Rasa2nya perah santan lagi senang kut..)Siapa2 yang participate dalam contest nie & rakan2 blogger yang mengikuti 'perjalanan' kami dalam cabaran nie mesti dah tau kan ape resultnye..Cuma yang mendatangkan hairan & musyhkil pada saya..Awat banyak sangat NOMBOR 9 yang nak melekat dengan saya nie haa??ID saya 899,nick saya untuk contest nie LUVIEDA09,markah saya dapat 309 MARKAH,dapat pulak duduk tangga ke-9 carta tu..
Haissshhh!Apa pasat?Ala ong ka talak ong..Tak percaya,meh kite tengok result & senarai pemenang tu kat bawah nie:
Haaa..tu dia lah result nye.. 
Hairan..hairan..dengan nombor sembilan..
Mujur saya nie tak duduk Negeri 9..
 Kalau tidak memang lagi hairan & ajaib lah di buatnya..

My lucky number kaa?Hahaha..


Melalui contest nie lah jalinan ukhuwwah antara saya & sahabat2 blogger dapat dirapatkan,dapat menambah ilmu & memantapkan kemahiran saya dalam berblogging..JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN2 BLOGGER TERSAYANG yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam memberi komen,idea,pendapat & sokongan tak berbelah bahagi kepada saya selama menyertai Cabaran Level Master!
A Million Thanks to:

Labels: ,


15 comments
» Wednesday, December 23, 2009 / -11:57:00 PM
The Storm Warriors & Key's Char Koay Teow

Assalamu'alaikum..
Owhhhhh..bestnya bila dapat keluar makan-makan & tengok movie!Nak-nak pula bersama-sama hubby ku terchenta..Dah lama tak dapat keluar dengan hubby coz lately nie dia sangat sibuk ..Kerja dari pagi sampai malam tak henti-henti..Hari nie dia dapat balik awal..Dengan tiba-tiba datang pula idea nak ajak hubby ku keluar pergi tengok movie..Bende nie tak plan pun, tup-tup datang je idea bernas nak pergi tengok movie nie,last minutes punye idea tu..nasib lah Encik Hubby cakap "No problem!Boleh.."Waahhh..terasa bagai ada pelangi dalam hati nie!
Since adik yang bongsu tu pun masih bercuti sem so kitorang pun ajak lah die join sekali..Kitorang pergi nonton movie "The Storm Warriors"..Mula-mula kitorang cadang nak nonton "Santau" tapi dek kerana adik tercayang saya nie yang agak takut-takut dengan cerita seram maka terpaksalah di batalkan hasrat nak nonton pilem "Santau"..So,kitorang ikut lah cadangan hubby ku,nonton "The Storm Warriors"..
Tapi..yang tak bley tahan tu sampai di pertengahan movie nie,Encik hubby ku nie da terlentuk dekat sebelah..Hailaa..kenapa awal sangat tido nie encik hubby??Maybe mengantuk sangat plus letih pulak tu kan sebab tiba-tiba Puan Isteri ajak keluar..Tu pasal lah terjadi kes tidur dalam panggung wayang..Kesian dia..Lepas kitorang dah bis nonton wayang jam pun dah pukul 7lebih..Dah masuk waktu Maghrib dah pun,so kitorang pergi menunaikan yang wajib dulu kemudian terus kitorang cari makan untuk isi perut yang dah berkeroncong sedari tadi..Kitorang makan-makan di Key's Char Koay Teow Seberang Jaya..Gendang-gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati...Alhamdulillah..bila perut dah kenyang,kitorang pun pulang lah dengan hati yang gembira!


 Dah macam cerita komik "Hikayat Pedang Setiawan" 
dah cerita nie..Best tapi ending dia je buat kitorang
tak puas hati..Grrrrrrrr..

Aaron Kwok Si Hero sejati..Hihi..
 Photo Source: Encik Gugel


Key's Char Koay Teow..Sedaaaapppp..

Satay & Yong Tau Foo pun ada..


Labels: ,


12 comments
» Friday, December 18, 2009 / -4:56:00 PM
Bercita2 Mahu Menjadi Jutawan Internet?Baca Ini!

Assalamu'alaikum..

Saya ingin bertanya kepada anda semua adakah anda selalu berasa bosan apabila kekurangan wang setiap masa? Adakah anda mengimpikan sebuah rumah idaman ataupun sebuah kereta besar yg mewah?Jika jawapan anda adalah 'YA' mengapa anda tidak pernah mencuba untuk mengambil peluang yang ada untuk 'buat duit' lebih melalui internet?!Percaya atau tidak dengan hanya berbekalkan modal kurang daripada RM200 anda mampu membuka bisnes di dalam 'talian' sendiri dgn begitu mudah!Internet sebagai medium dua hala juga bukan hanya sebagai tempat untuk berhibur semata-mata tetapi merupakan tempat untuk anda mendapatkan 'income' lumayan melalui bisnes online tanpa anda perlu bersusah payah ke tempat kerja meredah kesesakan jalanraya setiap hari..Ini bukan sekadar mitos tetapi adalah realiti!
Anda pernah mendengar, tahu atau kenal dengan Dr Irfan Khairi?Saya tidak percaya jika anda sebagai pengguna internet/blogger tegar di Malaysia mengatakan bahawa anda tidak pernah mendengar akan nama Dr Irfan Khairi..Ini kerana beliau adalah merupakan seorang 'Jutawan Internet' yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia..

Dr Irfan Khairi
Beliau adalah anak kelahiran Ipoh,Perak yang sangat humble & very down to earth..Dr Irfan Khairi merupakan seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Designer dari Universiti Staffordshire, United Kingdom..Terlebih dahulu memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Ekonomi..(tetapi beralih arah ke bidang Multimedia kerana tidak mempunyai minat)..Dr Irfan pernah bekerja di sebuah syarikat besar di U.K sebagai Consultant and  Multimedia System Designer..Beliau mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet seawal usia beliau 25tahun selepas tamat pengajian dengan mencipta/menjual produk serta perkhidmatan tanpa kedai melalui internet sahaja!
Daripada mencuba nasib di dalam perniagaan internet secara sambilan,beliau memperoleh kepuasan daripada jumlah pendapatan yang dijana melebihi jumlah gaji beliau bekerja di pejabat..Lantas Dr Irfan mengambil keputusan untuk membuka bisnis online sendiri..
Sehingga kini beliau telah mampu menjana pendapatan harian sebanyak RM2,000 ke atas setiap hari serta memperolehi pendapatan RM1juta dalam masa 3tahun sahaja..Dr Irfan mempunyai 5 buah laman web antaranya rahsiainternet.com,ideabubble.com dan slash.com.my..Beliau juga memiliki Program Radio & TV sendiri sebagai saluran untuk beliau memberikan ceramah tentang perniagaan internet & motivasi kepada orang ramai..Sekarang beliau giat menganjurkan Worksyop Jutawan Internet serta menganjurkan seminar untuk individu yg berminat menceburi bisnes online..Dr. Irfan juga telah berkongsi rahsia jutawan internet berjaya dgn menulis buku "Rahsia Internet.com- Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar"..
Bukan mudah bagi Dr Irfan Khairi untuk berjaya sehingga ke tahap ini kerana beliau terpaksa melalui fasa kegagalan terlebih dahulu sebelum mencapai kedudukan selesa seperti sekarang..Pada tahun pertama Dr Irfan memulakan bisnes online,beliau sekadar mendapat 3 orang pelanggan sahaja!Namun begitu sebagai seorang yang sentiasa ingin maju & berjaya,beliau tidak berputus-asa dengan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet..
Untuk pengetahuan anda, Dr Irfan Khairi tidak pernah memiliki walau sebuah pun kereta mewah,malahan cara pemakaian beliau juga hanya seperti orang biasa2!(mungkin ini ciri-ciri orang biasa yang bertindak dengan gaya luar biasa untuk menjadi seorang 'millionaire' terkemuka yang berjaya)Sebaliknya,wang & pendapatan yang diperolehi hanya digunakan lebih kepada mendapatkan rawatan terbaik apabila sakit & memberikan pendidikan terbaik utk anak2 kata suami kepada seorang isteri & ayh kepada seorang cahayamata ini..Sememangnya beliau layak dikagumi & dijadikan idola bagi
saya & anda semua yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan internet seperti beliau..
Untuk mencapai matlamat seorang jutawan internet yang berjaya ciri-ciri yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah:  

1.Berfikiran positif 
2.Optimistik
3. Keyakinan diri
4.Bijak mengatur strategi perniagaan
5.Tidak mudah berputus asa

Jangan lupa menetapkan 'goal & target' anda untuk berjaya di dalam perniaagan secara 'online' ini..Cita-cita,matlamat & usaha berterusan amat lah diperlukan disamping memperbaiki dan memajukan diri setiap masa..SEMOGA BERJAYA!!

Gambar Dr Irfan Khairi sewaktu zaman 
beliau masih student mungkin..Beliau juga merupakan 
salah seorang daripada peminat muzik rock.. :)


Photo Source: rindok.com
 
p/s: TERIMA KASIH FCU COMMUNITY KERANA MEMBERI 'TASK' YANG SUNGGUH MENCABAR INI NAMUN MELALUINYA SAYA MEMPEROLEH BANYAK PENGETAHUAN SERTA DAPAT MEMOTIVASIKAN DIRI
SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA :)


Labels: ,


31 comments
» Thursday, December 17, 2009 / -9:00:00 PM
Salam Ma'al Hijrah 1431H

Salam..
Do'a Akhir Tahun


Do'a Awal Tahun




  "Sesungguhnya Allah telah membuka lembaran tahun baru di dalam
takwim Islam dengan bulan Muharram..Tidak lah terdapat bulan 
yang lebih MULIA di dalamtakwim Islam di sisi Allah itu selepas bulan 
Ramadhan melainkan Bulan MUHARRAM

SALAM MAAL HIJRAH 1431H BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN.. :)

"YA,ALLAH YA TUHAN KU..KAU BERIKANLAH  KAMI KEKUATAN,KETABAHAN,
KESABARAN SERTA KETEGUHAN IMAN DI HATI MASING-MASING
DI DALAM MENEMPUHI DENAI PERJALANAN KEHIDUPAN DI SEPANJANG TAHUN INI..
PANDUI LAH HATI-HATI KAMI KE JALAN YANG LURUS DI SAAT HATI-HATI INI TERGELINCIR DARI LANDASANNYA..DAN YA,ALLAH BANTULAH KAMI DI ATAS SEGALA USAHA KAMI DI DALAM MEMPERBAIKI SETIAP KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRI-DIRI KAMI INI DALAM MENUJU PUNCAK MARDHATILLAH.."AMIN..



Labels: ,


13 comments
» / -2:03:00 PM
Million Thanks!

Asslamu'alaikum.. :)
Dah lunch ke belum?Hihi..Just nak inform kepada kawan-kawan yang baik-baik semua dekat sini yang banyak memberikan komen,berkongsi idea,pandangan dan lain-lain lagi pada entry saya "Bantu Saya Ubah Blog Saya" dan juga entry-entry lain yang  termasuk dalam Cabaran Level Master..Di akhir cabaran nanti sebagai menghargai segala komen & jasa baik anda,saya akan memasukkan nama & link rakan-rakan yang telah memberikan komen-komen bernas & ikhlas tersebut ke dalam sijil penghargaan rumusan saya di sepanjang menyahut Cabaran Level Master ini..Sekaligus dapat mengwar-warkan blog kawan-kawan yang cun melecun ke seantaro dunia..Hoyehhhh!
Kepada yang belum memberikan komen, kawan-kawan masih boleh berbuat demikian sebelum 17 hb 11:59minit malam ini..Sebelum tu kepada kawan-kawan yang telah & akan memberikan komen-komen bernas anda,terima lah 'sejambak bunga' daripada saya (^.^) :









Labels: ,


17 comments
» Wednesday, December 16, 2009 / -3:12:00 AM
Princess Kebaya Contest



1. Contest ni terbuka kepada semua bloggers 
(Yup!Saya seorang blogger..Jadi saya buley joiiinnn..)
   2. Dengan sukahati jadi follower wawa and add link blog wawa dalam bloglist korang

(Sudah Miss Wawa!)
   3. Mesti letak banner contest di side bar blog korang, jangan lupa di link kan dengan link contest ni.(Checked!)
   4. + 1 lagi syarat, peserta contest ni mesti berumur 17 tahun dan ke atas.

(Usia sudah senja..)
   5. Sila upload SEKEPING SAHAJA gambar korang (gambar individu). Gambar lama pun boleh...Gambar tu tak kisah la korang nak pakai kebaya labuh ke, kebaya pendek ke, kebaya moden ke, kebaya nyonya ke, kebaya pahang ke, kebaya Indonesia ke…..apa-apa aje asalkan namanye kebaya….

(Kebaya Moden pilihan saya!)
   6. Pastu, story mory sikit pasal gambar tu & mention jenis kebaya yang korang gayakan.

(Siap!Di bawah,Miss!)
   7. Entry tu mestilah guna tajuk ni
“PRINCESS KEBAYA CONTEST


 "Pemenang akan dinilai oleh pihak juri yang terlibat dari segi KEANGGUNAN dan KESOPANAN korang dalam menggayakan kebaya. So….posing la cam mana pun :)….tapi, gambar kebaya kawin korang yg dah sedia vogue de vass tu disqualified tau",tegas Miss Wawa lagi..

4 PEMENANG TERBAIK AKAN MENERIMA HADIAH MISTERI DARI MISS WAWA

Tarikh Akhir Penyertaan : 17.12.2009 (JAM 12.15 TENGAHARI)
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaa!


EHHH..EHH..SALAH!INI NENEK KEBAYA DEKAT TV3 TU!
(Gambar ihsan gugel)


(Sekali lagi)
    Tadaaaaaaa!
.
.
.
.
.
.
.
.

Kikiki..Nie baru gambar saya berkebaya moden yang betul..
Sori ye Miss Wawa..men-men jea pix Nenek Kebaya tu..


Photographer: My beloved hubby
Location: Tepi tingkap depan rumah
Time: Selepas Zuhur sebelum Asar
Date: If I'm not mistaken,pix di ambil 
dalam bulan Mei 2009


Waktu nie,me dengan my hubby nak ke rumah MIL ( Mother in Law ) di Kulim..
Kira cuaca agak panas jugak waktu nie..Sian my hubby sampai sweaty giler la dia coz kena paksa jadi photographer tak bertauliah di tengah-tengah panas hari tu..
(Hihi..sori Encik Hubby..tapi Encik Hubby tak kesah,kan..I lebiu..Nanti leh minta tolong Encik Hubby snap pix lagi yea!



p/s: Thanks for reviewing my blog,Miss Wawa..

+++SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SAMADA PENDAPAT,KOMEN,PANDANGAN ATAU KRITIKAN MEMBUNUH MEMBINA DARIPADA ANDA AGAR SAYA DAPAT MEMPERBAIKI LAGI SEGALA KEKURANGAN YANG ADA DI BLOG 'IEDA THE RAINBOW PRINCESS' INI..SILA BERIKAN PANDANGAN ATAU PENDAPAT ANDA 
PADA ENTRY "BaNtU SaYa UBaH BLoG SaYa" SEPERTI DI BAWAH+++

 +++TERIMA KASIH!+++

Labels: ,


20 comments
» Tuesday, December 15, 2009 / -9:28:00 PM
Bantu Saya Ubah Blog Saya


Salam..

Arakian tersebut lah kisah akan sejarah tertubuhnya blog 'Ieda Si Pu3 Pelangi' Anak Raja Melayu ..Perasan..citt! :p adalah pada tanggal Ogos 2009..Jika tuan hamba tidak percaya sila lah intai di sini..(Saya bawa anda kembali ke 'zaman silam' sekejap ye..Hihihi..)Yakni lebih kurang 4bulan yg lepas..Bak kata pepatah Melayu tidak sampai setahun jagung pun lagi..(Kembali ke zaman millenium!)Tetapi sebelum wujudnya planet pluto blog nie,saya bermula dengan blog 'My Rainbow Bliss'..'Pelangi' 7 warna itu juga lah yang menjadi trademark saya,kan..Apa lah sebabnya ekk?Sebab pelangi kan penuh dengan warna-warna yang ceria gitu kan..Moreover, lagu-lagu cinta yang menggunakan tittle 'Rainbow' pun banyak..Sebagai contoh, lagu 'Pelangi Petang' (Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad),'Somewhere Over the Rainbow' ( Eva Cassidy / Catherine McPhee) & e.t.c...Bak kata orang Sepanyol yang tengah asyik bercinta.."El amor miente dentro de cada arco iris"/"Love Lays within every Rainbow"..Huhuhu..bermadah cinta lah pulak(Melalut sampai ke Sepanyol dah nieh!)

Okey,kalau kawan-kawan semua check blog saya nie agak-agak lah kan blog saya nie berkonsep apa,ye?Pada saya,konsep Blog nie ala-ala Bubur Caca sikit..Tau tak Bubur Caca?Tak tau?Meh saya bagitau..Alaa..Bubur yang isi dia tu ada bermacam2 kaler pelangi,kaler ijau,kaler pink,tu.. :p Blog rencam/macam-macam ada..Tapi mungkin agak terlebih sikit 'personal' nye ye..Ada info agama sikit,film review sikit,tentang selebriti sikit ruangan gosip hartis,cerita menarik yang saya ambil dari kotak barang kemas e-mail pun ade.. :) Tu juga lah yang buat  blog saya nie menarik..Agaknya lah..(Kikiki..perasan nye saya..Bagi saya lah menarik,bagi anda saya tatau ler menarik ke tidak..)Tujuan saya berblogging hanya untuk suka-suka pada mulanya selain dari menambah kenalan tapi bila dah masuk blogsphere nie tengok  ada banyak pulak benda-benda buat hati tertarik untuk turut serta..Apa yang menarik tu?Dah tentu lah contest & iklan nuffnang (Mekasih banyak kepada kawan-kawan yang baik hati & ringan jari klik nuff saya!)yang blogger-blogger lain pun pakat ramai-ramai kumpul koleksi hadiah & $$ nie..Uuuu..uuu.. :)


Rasanya memang ramai kawan-kawan blogger yang rapat pun tau kan yang saya ada hobi separa mereng bilamana saya suka/asyik tukar-tukar templates
& blog layout ..Saya pun tak pasti apa masalah mata saya bila dapat sambar templates cantik kemudian apply ke blog, sekelip mata pulak saya nampak macam tak cantik..Tapi bila saya pegi intai-intai templates blog kawan-kawan yang lain(Haaa..yang nie memang akan jadi cerita ngeri!),saya tengok templates kawan-kawan lain lagi cantik & da bomb lagi daripada templates/layput di blog saya ni!Apa lagi kan saya pun gugel lah dengan giatmara giatnya semata-mata nak cari templates yang lebih cantik kut-kut boleh nampak cantik macam templates kawan-kawan yang lain yang cantik-cantik belaka nie..Malangnya..bila dah tukar cat rumah layout baru tu tetap nampak macam tak lawa di mata saya..MasyaAllah!Kalau macam nie teda kerja lain lah saya nak buat selain tukar templates!Tidak,tidak,tidakkk!Saya sudah letih..!Akhirnya,warna hitam,gelap lagi kelam nie yang menjadi pilihan..Nahhh..padan muka saya..nak pilih-pilih kaler sangat..Nak cantik la sangat,ye..TAPI..apa pun,yang penting saya mau templates yang 3 column..Actually,templates blog nie ada 3 column kanan & kiri tapi disebabkan saya dah letak pix saya disebelah kiri tu jadi saya dah tak boleh letak widget lain lagi & jika diletak juga widget tersebut maka akan terjadilah gerhana matahari satu overlay di atas my pix tersebut..(Next year tukar lagi la templates nie nampak nya..hempphh..)
Jadi susunan widget hanya disebelah kanan sidebar..Contohnya untuk ruangan yang kerap digunakan di Blog saya iaitu shoutmix/'rant' selain daripada ruangan 'pengikut/follower'..Jika kawan-kawan yang mau ikuti blog nie boleh follow melalui follower button(selain reading-list di dashboard anda) pada hujung nun on the bottom left sidebar..Jadi jika di lihat  pada sidebar sebelah kanan ada list my blogging buddies e.t.c & bila scroll ke bawah pula kawan-kawan boleh nampak FCU Banner,Blog Malaysia banner,Contest banner,profile tuan tanah,award & lain-lain lagi..

Widget!Ramai blogger termasuk lah saya juga gemar memasukkan widget untuk tujuan mencantikan lagi blog masing-masing,bukan..Pada pendapat saya widget-widget ini mungkin kadangkala akan mendatangkan beban pada blog..Blog akan menjadi berat & loading process akan jadi terlalu perlahan..Sekarang berat blog saya lebih kurang
162.32 KB..Memang obes dah tu..Rasanya memang akan ada lah widget-widget hiasan-hiasan yang terpaksa ditanggalkan dari dinding rumah blog nie nanti..Kalau anda nak timbang berapa berat blog anda,anda boleh timbang dekat bawah nie:




Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)







(eg. iwebtool.com)




Setiap orang punya perancangan masa depan..Saya juga punya perancangan yang sama especially dalam dunia blogging..Saya mahu terus berblogging sambil menjalin persahabatan dengan kawan-kawan & mungkin juga suatu hari nanti blog ini akan menjadi sebuah online shop yang akan menjual produk-produk2 menarik..InsyaAllah..


Selain misi Nuffnang,saya juga ingin berkongsi pendapat,pandangan,komen
tentang apa sahaja melalui blog saya..Jadi saya perlukan kawan-kawan blogger/pengunjung ke blog saya untuk  berkongsi bicara bersama-sama serta memeriahkan lagi blog saya ini..(bukan buatkan blog jadi huru-hara ye..)..Mungkin dengan adanya Contest Level Master sekaligus dapat membantu saya & kawan-kawan blogger yang lain
menambah kenalan selain meningkatkan trafik blog masing-masing..InsyaAllah..Amin..Amin..

+++SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SAMADA PENDAPAT,KOMEN,PANDANGAN ATAU KRITIKAN MEMBUNUH MEMBINA DARIPADA ANDA AGAR SAYA DAPAT MEMPERBAIKI LAGI SEGALA KEKURANGAN YANG ADA DI BLOG 'IEDA THE RAINBOW PRINCESS' INI,YA+++

 +++SEKIAN,TERIMA KASIH!+++

2 SOALAN CEPUEMAS UTK ANDA:
p/s: Adakah ayat-ayat2 yang saya guna pakai di dalam blog saya terlalu 'skema'?
p/s: Sesuaikah saya menggunakan gantinama 'aku' ataupun 'ieda' bagi menggantikan
gantinama 'saya' di dalam setiap post?Adakah 'aku'/'ieda' lebih sesuai daripada gantinama 'saya'?


!SORIIIII..KALAU ANDA TERPENING MEMBACA 'KARANGAN' SAYA INI.. HARI NIE SANGAT HECTIC..SAYA BERLARI KESANA KE SINI DEMI MENYETELKAN
KERJA-KERJA DI PEJABAT & DI RUMAH..ENTRY INI JUGA HASIL DARIPADA FIKIRAN
SAYA YANG DAH LETIH & BERSERABUT..! SOO..SORRY,KAWAN!



Labels: ,


26 comments
» Sunday, December 13, 2009 / -3:44:00 AM
Teknik Trafik Level Master KamiBlogger ( Task ke-2 )

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah..selesai tugasan pertama saya untuk Cabaran Level Master Kami Blogger - Level 1..Lepas cobaan pertama..Cobaan ke-2,ke-3 & ke-4 pula menanti..1st of all..JUTAAN TERIMA KASIH setulus hati kepada teman-teman blogger yang sudi meringankan jari-jemari memberikan komen ikhlas mereka dengan kata-kata semangat & sokongan kepada saya untuk Cabaran Level Master Kami Blogger Level 1 pada 10 - 12 Dis 2009 yang lalu & terima lah serangkap pantun dari hamba,ahakk.."Pulau Pandan Jauh Ke Tengah, Gunung Daik Bercabang 3,Hancur Badan Di Kandung Tanah,Budi yang Baik Ku Kenang Jua"..InsyaAllah..

Mungkin ada daripada sesetengah rakan blogger saya yang agak 'keliru' apa yang mereka perlu lakukan untuk memangkah menyokong saya dalam pilihanraya contest ini,tak susah bagi anda wahai rakan-rakan ku sayang kerana anda hanya perlu memberikan semangat/sokongan/galakan anda dengan hanya 1 KOMEN..1 KOMEN SAHAJA SETIAP SEORANG DI SETIAP ENTRY CABARAN LEVEL MASTER KAMI BLOGGER SAYA YANG TERKINI..Mudah,kan?
Ohh..tapi adalah tidak pula mudah bagi saya untuk melaksanakan task/tugasan ini..Oleh kerana itu lah saya memerlukan bantuan kewangan  sokongan jitu lagi padu daripada anda..
Sejujurnya tiada teknik-teknik lain yang saya aplikasikan untuk memohon bantuan ihsan sokongan daripada rakan-rakan sekalian adalah dengan hanya melalui
ceramah politik blogwalking ke Blog rakan-rakan blogger dengan meninggalkan mesej & komen di blog mereka..Juga blogwalking ke blog rakan-rakan (yang telah meninggalkan 'jejak' di 'KOTAK BICARA' Blog naif saya ini) kemudian meninggalkan pesanan layanan khidmat masyarakat google supaya memberikan sokongan kepada saya..Itupun tidak semua blog dapat saya jejaki unutk meninggalkan mesej dalam usaha agar pengundi rakan-rakan memangkah menyokong saya kerana kesibukan harian agak membataskan segala usaha..
Akhir kata dari saya, semoga sokongan dari kalian semua akan berterusan  sehingga lah tamat nya pengajian semester ke-4 pengembaraan Cabaran Level Master Kami Blogger ini..Amin..Terima Kasih!Jumpa lagi.. (^_^)/


+++JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH,INI YA..
BEFORE 14th DECEMBER 2009; 00:00 MIDNITE..
THANKS,YA!L.O.V.E.U.A.L.L!+++

p/s: Alamak..kawan2 Admin FCU bgtahu hanya 1 komen saja untuk 
seorang pengkomen.. :( Yang dah komen banyak kali tu tak apa..
Saya tetap hargai..Rumbe Nandri/Syukran/Toche/Thank You/Terima Kasih!

Sambil komen meh kita layan lagu nie..
Fireflies by owl City..Besttt.. (^-^)





Labels: ,


41 comments
» Wednesday, December 9, 2009 / -11:20:00 PM
Cabaran Level Master 2009 (FCU Community)

FCU Community sekali lagi menganjurkan contest
besar2an iaitu 'Cabaran Level Master' selepas
'Blog Hunter Contest' yang telah pun berakhir pada June 2009
yang lalu..Pada cabaran yang lepas,contest yang
dijalankan benar2 menguji minda & kesabaran para peserta
dalam mencari jawapan bagi 200lebih soalan yang telah disediakan
untuk contest tersebut & saya hanya berjaya menduduki
tempat ke-10 daripada senarai top 20..Adakah untuk
contest kali ini saya mampu menduduki tangga teratas untuk 'Cabaran Level Master'?Mampukah saya memenangi cabaran hebat ini?
Hanya ANDA yang mampu menentukannya!

Apa yang anda perlu lakukan adalah VOTE & BERIKAN SOKONGAN ANDA
kepada saya..Semoga dengan VOTE & SOKONGAN daripada rakan2 blogger dapat membantu saya mencapai Level Master tertinggi untuk contest 'Cabaran Level Master' ini..Semoga Tuhan merahmati kalian semua..Amin..
THANK YOU VERY MUCH! \(^.^)/


p/s: U r my 'lucky-charm'!





Labels: ,


22 comments
» / -9:34:00 AM
Penang, PISA Pikom PC Fair 2009

Assalamu'alaikum..

Letih,penat,kaki sakit tapi bestt!!Di antara pengalaman yang saya alami sepanjang berkunjung ke PC Fair 2009 di Kompleks Sukan PISA,Penang..Nak tau tak satu rahsia..??Kalau nak tau,saya nie tak pernah pun pergi PC Fair sebelum nie!Cian,kan..If bukan sebab adik saya yang bongsu tu yang beriya2 nak ajak,agaknya memang tak sampai2 lah saya ke PC Fair..I go along with my adik lelaki & adik perempuan bongsu..Kira macam siblings day-out lah hari tu..Kitorang nie memang suka buat bising,jadi riuh-rendah & bergoyang2 lah kereta myvi adik saya dek kerana keriuhan kami bertiga..Mujur lah our parents tak ikut skali,kalau tidaaak..habis kami semua kena rotan lam kereta tu jugak..Kekekek..
Actually, saya pergi PC Fair nie semata-mata sebab temankan adik saya yang bongsu tu je nak beli Celcom Broadband,last2 saya pulak terbeli Mouse dengan Laptop Skins (& upgrade streamyx broadband saya nie by just RM5,bior lelaju sikitt..)..Hishhh..balang manyak mulah..mana boleh tahan maaa..siap ada free gift pulak tu..Haihhh..(Betul tak,Arief??Ngehngehngeh..)Tu pun tahan-tahan nafsu yang membuak-buak daripada borong barang2 dekat situ..Tengok pendrive murah-murah pun rasa nak beli jugak padahal pendrive dah ada 5 kat rumah!Greedy sekejap,mujur cepat hinsaf!So, tak jadi la nak beli.. :p
MasyaAllah..dah nama pun pengalaman pertama,kan..tidak le saya tau yang kat dalam PISA tu memang akan jadi macam Sardin!Penuh dengan umat manusia sampai nak berjalan pun terlanggar-langgar kaki orang lain..Saya suruh adik saya berjalan di depan,I hold her hand dari belakang tau tapi asik terlepas-terlepas..Tak boleh jadi macam nie,saya pulak yang jalan dulu kat depan,sambil dia menolak saya dari belakang..Kihkihkih..Dia kat belakang terkekeh-kekeh tengok saya jalan terhuyung-hayang,kanan kiri..Adoiiii..seksanya..Dengan panasnya,berpeluh2 dah saya waktu tuh..Lepas je dari pintu keluar,terus kitorang pergi serbu gerai yang jual air ais kat luar Kompleks Sukan PISA..Alhamdulillah..lega tekak nie..Minum2 kat luar,kena pulak tiup dengan angin sepoi2 bahasa sambil tunggu adik lelaki saya yang tak keluar2 lagi dari tempat tin Sardin tu..
Lepas tu kitorang pergi ke Queensbay Mall untuk lunch,isi kan perut dengan makanan sedap2 kat sana..Lepas perut pun dah boncet baru kitorang gerak untuk pulang..Waktu jalan2 sekejap kat dalam Mall, kitorang terjumpa seorang pelukis mozaik..Pelukis nie mengambil tempahan daripada pelanggan untuk melukis gambar dorang..Gambar artis pun ada,sebagai contoh, gambar wajah Britney Spears,Rain & ramai lagi..Apa yang menarik tentang 'lukisan' dia nie ialah dia melukis hanya dengan menggunakan PEN BESI YANG BESAR & TANPA MEBGGUNAKAN DAKWAT yang dititik2 dengan titik2 kecil halus di atas mozaik hitam..So,cool kan!Kitorang pun sampai terkonfius samada nak panggil dia nie pelukis atau pengukir?!
(Haahhh..sebelum pulang tu my adik lelaki siap ajak shopping lagi kat tingkat atas Queensbay sebab baju lawa-lawa,ada less discount sampai 70% off tuh!Plan nak ajak tangok wayang pulak lagi tapi tak jadi lah sebab semuanya dah pakat letih belaka..Pheewww..Kitorang pun keluar dari Queensbay Mall ( sambil meninggalkan hati kitorang dekat tingkat atas Queensbay mall.. :p ) 
And Ohh..entah macamana waktu pusing round-about lepas keluar dari Queensbay Mall tu my Adik yang lelaki tu tersalah masuk jalan yang telah membawa kitorang ke tepi pantai!(Kalo macam nie tersalah jalan pun tak ape sebab saya memang suka bile dapat pergi pantai!Wohoo..!)Dapat lah main2 air jap & sempat snap gambar Penang Bridge dari situ..Tapi...just sempat snap 1 gambar saja tiba2 bateri Camera saya dah weak..Haila..taim nie la pun dia nak weak la,nak kong la..Adik saya yang sorang tu ada bawak Camera 1 lagi tapi nah haii..dia park punya la jaoh..Tak larat da nak menapak semata-mata untuk ambil Camera dari dia & nak datang balek pulak ke tepi pantai tu..Lantas saya pun mengambil keputusan untuk kembali semula ke kereta & terus pulang..Sobss..sobss..
Kitorang adik-beradik bukan senang nak kuar same plus adik saya yang bongsu tu tu pun balik umah sekali sekala aje coz dia pun masih study lagi dekat UM..So,weekend tu kitorang rasa sangat enjoy lah dapat keluar bersama-sama!:)

Picture Gallery 1-Di Kompleks PISA
 
Main entrance




Celcom Booth



Adikku syg berdua tengah seyes berdiskusi nak membeli Celcom Broadband..

 
Kire jadik ler tu ye Dik(Kate salesgirl tu)..



Tengah nunggu Akak tu photostate Mykad..



Sempat lew possing dulu..Kikiki..














Maxis Booth




Macam Sardin dah dalam nie..

Pusat Akuatik di sebelah Kompleks PISA


Hello..Hello..Big brader,where r u??
Kitorang da kehilangan jejak Adikku yg 
seorang lagi tu..

Tada!Nie la barang2 yang saya beli di PC Fair..
Tak banyak pun.. :)



Picture Gallery 2-Di Queensbay Mall






Pizza Hut!

Parmesan Breadstix




Chicken Supreme Pizza


 I loveeee Carbonara

Mushroom Soup

Triple Pleasure..Oh..heaven..


Alhamdulillah..

Lukisan di atas Mozaik

Apek encem nie lah yang melokis di mozaik tu
I gues dia nie from Korea lah coz tak pandai speak
Malay..English dia pun dengar mcm lain macam sikit..

Keropok Lekor yang best dari Food Court Queensbay
Mall!

Kaya Ball

Queensbay Mall
 






Picture Gallery 3-Kami sudah mau pulang!


The Penang Bridge

 Dua pulau kecil di situ


Ape kene Mak Cik nieh!?


 Sudah dekat sampai ke rumah..
Phewwww! 




Labels: , ,


8 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Semoga Tuhan Memberikan Anda Hidayah..
  • How Lucky U R ..
  • Sadly Missed......
  • Happy!
  • 'What Style & Color I Am' Contest by Mizz Vee Violet
  • Pink Muslimah Store Giveaway/Freebies!
  • Bisikan Rindu..
  • Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)
  • Xin Nian Kuai Ler!
  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati