TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Sunday, February 14, 2010 / -8:32:00 AM
Xin Nian Kuai Ler!


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to All!

Oh,yes..Petang semalam saya layan cerita Hindi..(Dah lama la tak layan cerita Hindi)Ratu Cantik Dunia 1994 yang berlakon..Siapa lagi kalau bukan Mrs Abhishek Bachan (Aishwarya Rai) yang sangat cun dalam cerita "Umrao Jaan"..Opah saya pun join layan cerita nie,sekali Opah  terbekenan pulak dengan Miss Aishwarya Rai..
"Amboi cantiknya..Lawanya mata dia noooh.."katanya Opah..Saya bagitau la Opah, "Ofcoz la dia cantik Opah..Dia kan Ra2 Cantik Dunia.." :) Actually,cerita nie tak la malatop macam cerita "Mohabbatein" yang Mizz Aishu berlakon dulu,banyak pulak tu part2 menari & menyanyi..Sekejap2 menari,sekejap2 menyanyi..Leteh nak tunggu kesudahan cerita "Umrao Jaan",saya tukar channel lain tengok drama di TV1..Tajuk drama tu,"Ang Pow untuk Mama"..2day kan CNY..So,banyak program dekat TV tu sempena CNY & Valentines Day..Drama "Ang Pow untuk Mama" best & kelakar..Drama ala2 1 Malaysia la.. :) Antara pelakon dalam drama nie Jalaluddin Hassan,Marsha & ramai lagi tapi main character die,pelakon Fizz Fairuz a.k.a Ujang,seorang mamat yang lurus bendul..Si Ujang berkenalan secara tak sengaja dengan sorang Mamat Chinese namanya Alvin..Dorang boleh kenal sebab waktu Si Alvin nie memandu,dia yang nyaris2 terlanggar Ujang sebab Si Ujang tertido di tepi jalan(kut!Ada kut pulak,sebab Part mula saya tak tengok)Ujang ada bagitau Alvin yang dia memang seorang 'sleep-walker'..(Bahaya betol mamat nie berjalan dalam tido!)Si Alvin nie seorang peniaga yang sangat gigih bekerja demi m'dapatkan 'Ang Pow' untuk Mama nya buat menyambut Tahun Baru Cina..Haila..macam2 ragam & insiden lucu yang terjadi dekat dorang nie tambahan pulak bila Ujang bagitau dia anak orang kaya tapi Alvin tak mau percaya..Sebab apa Alvin tak percaya?Sebab pakaian Ujang nie sangat la tak sempoi pada pandangan Alvin..Tak nampak macam orang kaya pun..Terkekeh2 saya gelak dengan Opah tengok cerita nie..Oitt!Banyak pulak saya membebel..Saya nak cerita tentang Tahun Baru Cina nie sebenar2nye..
Malam tadi saya dengar mercun bunyi dum,dam,dum,dam!Tanda Tahun Baru Cina dah tiba lah tu..Saya ingat lagi waktu belajar di KL dulu,seblah rumah tu rumah Uncle Lee dgn Anty Siew Fong..Dorang nie tinggal dengan sepasang anak dara & anak teruna dorang..Anak perempuan memang cun habis macam Amber Chia!Anak lelaki pulak encem macam Aaron Kwok..Tiap tahun bila tiba CNY,family Uncle Lee mesti kasi Limau Mandarin yang banyak untuk kitorang (saya & housemate) Lagi best saya & housemate dapat tengok & dengar dorang bakar mercun yang besar2 yang bunyi dia kuat gile tu..Lepas habis je bakar mercun,telinga saya rasa macam dah hampir2 pekak! :p 
Petang sebelum CNY tu pulak,saya dapat dengar chinese neighbour kanan,kiri,belakang rumah kitorang tu sibuk memasak..Ketung,ketang bunyi kuali dengan senduk berlaga..Malam nya pulak dorang 'Makan Besar' & main Mah Jong sampai lah ke pagi..Memang meriah betol la dorang sambut CNY..Pengertian disebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Qurban kita dah sedia tahu..Sekarang nie saya nak tahu  perayaan kaum2 lain di Malaysia macamane pulak..So,ada sedikit research yang saya buat..(Ecehh..terlebih rajen lah pulak hari nie..Semangat Harimau kut..!Hihi..)
Actually,Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Qamari Cina..Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan..Tahun Baru Cina juga melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan..Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul..Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang..Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul..Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin..Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina..
Tahun ini bagi orang Cina adalah merupakan tahun HARIMAU..Di antara kepercayaan orang Cina terhadap sesiapa yang lahir pada tahun & bulan ini mempunyai sifat2 seperti berikut:


Kedudukan Zodiak ke-3
Waktu Naungan : 3 – 5 pagi
Mata Angin
: Timur laut-timur
Musim dan bulan
: Musim bunga, Februari
Bulan qamari
: 4 Februari hingga 5 Mac
Zodiak Barat yang bersamaan
: Aquarius
Polariti
: Yang
Sifat positif
: Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh
Sifat negatif
: Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar
Paling serasi
: Kuda, Dog
Sederhana Serasi
: Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing
Tidak Serasi
: Lembu, Ular, Ayam, Kera, Kh*n**r
(Sumber dari Wiki)

Happy CNY!!Xin Nian Kuai Ler!
Mari makan Limau!!! >__<

Labels:


21 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien
  • Sesi Photoshot & Jadual Lakonan
  • Lucky Draw di Belog Enchik Mietos
  • Dakoo Sedang Memotivasikan Diri
  • My Childhood Photo Contest Result!
  • Saya Buntu! ( My Childhood Photo Contest Result )
  • Penyertaan 'My Childhood Photo Contest' telah Ditutup
  • Saya Nak Follow tapiiii..
  • My Childhood Photo Contest Update II
  • Contest Eksperimen Bahasa Miss N


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati