TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Friday, February 26, 2010 / -3:48:00 PM
Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all..

Biodata & kronologi hidup baginda Rasulullah S.A.W sebagai tatapan & ingatan kita bersama agar lebih mengenali & mencintai Rasulullah S.A.W serta perjuangan baginda Rasul dalam menegakkan syi'ar Islam..

"..dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Surah Al-Anbiya' ayat 107.
Junjungan Mulia (Al-Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa’adah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yag sa’adah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putera yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirlah bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan yang mulia..


Biodata Rasululullah S.A.W

Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
Tarikh Lahir: Subuh hari Isnin, 21 Rabi'ulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)
Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama Bapa: Abdullah Bin Abu Muttalib Bin Hashim
Nama Ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan Bapa Rasulullah S.A.W)
Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua: Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 5 Tahun

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah S.A.W yang dilakukan oleh dua Malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud dalam hatinya.
Usia 6 Tahun

  • Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah & Madinah). 
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib
Usia 8 Tahun

  • Datuknya Abdul Muttalib pula meninggal dunia & baginda dipelihara pula bapa saudaranya Abu Talib.
Usia 9 Tahun

  • (Setengah Riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di Kota Busra, negeri Syam seorang Pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun

  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirrah' jilid 1 halaman 184-187 mengatakan pada masa itu usia Muhammad S.A.W ialah 14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
  • Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 tahun

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda Rasulullah S.A.W bersama bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru Bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas Kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. 
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun

  • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawarrah dengan di temani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq untuk tujuan dakwah. 
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabi'ulawal/24 September 622M.
Usia 63 tahun 
  • Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabi'ulawal tahun 11Hijrah/8 Jun 623 Masihi.
Cintai Rasulullah!
 "Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi wa sallam"

Labels:


10 comments
» Sunday, February 14, 2010 / -8:32:00 AM
Xin Nian Kuai Ler!


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to All!

Oh,yes..Petang semalam saya layan cerita Hindi..(Dah lama la tak layan cerita Hindi)Ratu Cantik Dunia 1994 yang berlakon..Siapa lagi kalau bukan Mrs Abhishek Bachan (Aishwarya Rai) yang sangat cun dalam cerita "Umrao Jaan"..Opah saya pun join layan cerita nie,sekali Opah  terbekenan pulak dengan Miss Aishwarya Rai..
"Amboi cantiknya..Lawanya mata dia noooh.."katanya Opah..Saya bagitau la Opah, "Ofcoz la dia cantik Opah..Dia kan Ra2 Cantik Dunia.." :) Actually,cerita nie tak la malatop macam cerita "Mohabbatein" yang Mizz Aishu berlakon dulu,banyak pulak tu part2 menari & menyanyi..Sekejap2 menari,sekejap2 menyanyi..Leteh nak tunggu kesudahan cerita "Umrao Jaan",saya tukar channel lain tengok drama di TV1..Tajuk drama tu,"Ang Pow untuk Mama"..2day kan CNY..So,banyak program dekat TV tu sempena CNY & Valentines Day..Drama "Ang Pow untuk Mama" best & kelakar..Drama ala2 1 Malaysia la.. :) Antara pelakon dalam drama nie Jalaluddin Hassan,Marsha & ramai lagi tapi main character die,pelakon Fizz Fairuz a.k.a Ujang,seorang mamat yang lurus bendul..Si Ujang berkenalan secara tak sengaja dengan sorang Mamat Chinese namanya Alvin..Dorang boleh kenal sebab waktu Si Alvin nie memandu,dia yang nyaris2 terlanggar Ujang sebab Si Ujang tertido di tepi jalan(kut!Ada kut pulak,sebab Part mula saya tak tengok)Ujang ada bagitau Alvin yang dia memang seorang 'sleep-walker'..(Bahaya betol mamat nie berjalan dalam tido!)Si Alvin nie seorang peniaga yang sangat gigih bekerja demi m'dapatkan 'Ang Pow' untuk Mama nya buat menyambut Tahun Baru Cina..Haila..macam2 ragam & insiden lucu yang terjadi dekat dorang nie tambahan pulak bila Ujang bagitau dia anak orang kaya tapi Alvin tak mau percaya..Sebab apa Alvin tak percaya?Sebab pakaian Ujang nie sangat la tak sempoi pada pandangan Alvin..Tak nampak macam orang kaya pun..Terkekeh2 saya gelak dengan Opah tengok cerita nie..Oitt!Banyak pulak saya membebel..Saya nak cerita tentang Tahun Baru Cina nie sebenar2nye..
Malam tadi saya dengar mercun bunyi dum,dam,dum,dam!Tanda Tahun Baru Cina dah tiba lah tu..Saya ingat lagi waktu belajar di KL dulu,seblah rumah tu rumah Uncle Lee dgn Anty Siew Fong..Dorang nie tinggal dengan sepasang anak dara & anak teruna dorang..Anak perempuan memang cun habis macam Amber Chia!Anak lelaki pulak encem macam Aaron Kwok..Tiap tahun bila tiba CNY,family Uncle Lee mesti kasi Limau Mandarin yang banyak untuk kitorang (saya & housemate) Lagi best saya & housemate dapat tengok & dengar dorang bakar mercun yang besar2 yang bunyi dia kuat gile tu..Lepas habis je bakar mercun,telinga saya rasa macam dah hampir2 pekak! :p 
Petang sebelum CNY tu pulak,saya dapat dengar chinese neighbour kanan,kiri,belakang rumah kitorang tu sibuk memasak..Ketung,ketang bunyi kuali dengan senduk berlaga..Malam nya pulak dorang 'Makan Besar' & main Mah Jong sampai lah ke pagi..Memang meriah betol la dorang sambut CNY..Pengertian disebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Qurban kita dah sedia tahu..Sekarang nie saya nak tahu  perayaan kaum2 lain di Malaysia macamane pulak..So,ada sedikit research yang saya buat..(Ecehh..terlebih rajen lah pulak hari nie..Semangat Harimau kut..!Hihi..)
Actually,Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Qamari Cina..Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan..Tahun Baru Cina juga melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan..Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul..Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang..Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul..Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin..Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina..
Tahun ini bagi orang Cina adalah merupakan tahun HARIMAU..Di antara kepercayaan orang Cina terhadap sesiapa yang lahir pada tahun & bulan ini mempunyai sifat2 seperti berikut:


Kedudukan Zodiak ke-3
Waktu Naungan : 3 – 5 pagi
Mata Angin
: Timur laut-timur
Musim dan bulan
: Musim bunga, Februari
Bulan qamari
: 4 Februari hingga 5 Mac
Zodiak Barat yang bersamaan
: Aquarius
Polariti
: Yang
Sifat positif
: Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh
Sifat negatif
: Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar
Paling serasi
: Kuda, Dog
Sederhana Serasi
: Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing
Tidak Serasi
: Lembu, Ular, Ayam, Kera, Kh*n**r
(Sumber dari Wiki)

Happy CNY!!Xin Nian Kuai Ler!
Mari makan Limau!!! >__<

Labels:


21 comments
» Friday, February 12, 2010 / -6:06:00 AM
D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien


Bismillahhirrahmanirrahim..

Sorry for the silence of the past few days..Been so busy lately with my daily routine..Busy dengan sewing class & also busy dengan "diet programme" for weight lost I itu.. :-p Baiklah,lupakan seketika tentang kesibukan kota & tugas harian itu..Saya mulakan posting ini dengan Tajuk 'D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien'..Contest bergambar yang pertama di anjurkan Mizz Aien(Congratz!)..So,here's 'the bomb' photo of me! :)
SAYA RASA PHOTO SAYA PATUT MENANG KERANA
photo dengan momen manis ini telah berjaya dicaptured
oleh my hubby pada zaman Fantasia Bulan Madu weols dolu2..
Hijau2,'mesra alam' & ala2 save the earth gitu,kan..

SAYA TAHU CONTEST NI DARI Aien`s corner..
(Aien dear..Thanks 4 ur invitation!)

p.s: Motip iols cakap 'ala2' ginie???
p.s: Haha..Sori Aien..Sis da tatau la nak letak slogan 'Malaysia
Boleh' camane lagi..Idea dah kering ni!

Labels:


20 comments
» Tuesday, February 2, 2010 / -11:58:00 PM
Sesi Photoshot & Jadual Lakonan

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all..
Lepas nie mungkin saya akan agak busy hingga mungkin tak sempat pun untuk update belog..Blogcrawling saja lah lepas nie..(Crawling pun crawling lah..)Sekarang hidup saya dipenuhi jadual lakonan yang padat & juga sesi photoshot dengan majalah2 popular di Malaysia & Luar Negara..(Wakaka..Opss!Ada ke orang nak percaya!?!)
Haha..No lah,I was only kidding!! :) Nak tau apa program saya dari minggu lepas,hari ini & untuk hari2 seterusnya yang kedengaran seperti busy bagai mengalahkan kan PM (Prime Minister) tu??Mari kita saksikan bersama apakah xtvt glamer tersebut..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tom-Tom Bak Aznil :-P


Photoshot bersama Majalah Vogue

Yang sebenarnya tiada pun jadual lakonan mahupun photoshot,tipu je gossip2 tu semua.. :-p Lain lah kalau wajah saya ala2 Pan Asian atau pun potongan badan bak Maya Karin boleh la muka nie masuk TV & Majalah,kan..
Sila lihat gambar di atas tu tengah kembang kempis idung tak cukup napasssss!Letehhhhhh..penaatttt..berjogging minggu lepas..Gigih tak saya?Actually lama dah tak jogging,nie baru je start balek minggu lepas..Berat badan saya nie macam YOYO la..Hemmphhh..Hari pertama berjogging masih okay,masuk hari ke-2 kaki mula rasa sakit2..Takper,teruskan lagi usaha,Ieda!(Motivasi diri sendiri!)





No more Bege & Cakes.. :(
Hanya ada Oat Krunch & Low Fat Milk
(Foto ihsan Gugel)

Fikir nak jogging lagi hari nie TAPI tak dapat sebabbbbb..hari nie saya baru mula Kelas Jahitan!Horraayyy..lepas nie boleh la saya jahit baju sendiri.. :-D Kelas Jahitan tu habis lewat pukul 6:30petang so tak sempat la nak berjoget berjogging.. :( Hari nie belum mula menjahit lagi,maybe besok baru mula..Cikgu Ifah dah suruh saya beli kain cotton untuk menjahit esok..
Cikgu Ifah suruh saya salin nota lepas tu
  tiba2 kena suruh melokis pulak..Dah bertahun2 tak melokis,terketar2
jugak tangan nie nak melokis

p/s: Harap2 tak ada lah jarum yang patah,besok!Amin.. :)

Labels:


25 comments
» Monday, February 1, 2010 / -6:07:00 AM
Lucky Draw di Belog Enchik Mietos

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all..

Saya nak join contest Lucky Draw ini! ^__^
 Arahan pertama i. Sila follow Enchik Mietos: Sudah jadi pengikut Encik Mietos! :-)
Arahan pertama ii. Sila nyatakan referrer anda: Puan Zai Kulim yang cantique ittew! ^_*
Arahan kedua,sila letakkan banner 'Mietos Lucky Draw' pada N3 serta linkkan kembali dengan belog Enchik Mietos & jangan lupe letakkan juga banner ini pada sidebar belog anda:


Tadaaaaa!!Sudah letak.. ^__^
Hadiah Pilihan - 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak..Sila pilih souvenier dari negara mana yang dihendaki!Sila pilih satu sahaja:
Hadiah dari Japan
@ Hadiah dari Barbados
@ Hadiah dari Korea
@ Hadiah dari Egypt
@ Hadiah dari France
@ Hadiah dari USA?

 
Je veux de souvenirs de la France!Maksudnya: Saya mahu souvenir dari Perancis!(Hihi..betol kah ayat itu??Main gugel je tadi!)
So,guys kalau nak souvenir yang di import dari jauh tu,mari lah kita join ramai2 contest Lucky Draw nie!Sangat mudah lah syarat2nya..Just ikut je yang macam saya buat dekat atas tu tapi kalau nak tahu arahannya dengan lebih lanjut anda boleh KLIK SINI & jangan lupa letakkan nama saya sebagai referrer anda,ya.. :-) Then,bila arahan & syarat2 semua dah anda penuhi sila tinggalkan link N3 anda tentang contest Lucky Draw Enchik Mietos nie di belog Enchik Mietos supaya senang nanti Enchik Mietos nak meluluskan penyertaan anda,ye..
Ingat,join contest nie sebelum Hari Raya Cina (13 Februari 2010)hoccay!Kalau tidak Enchik Mietos tak kan bagi anda Ang Pau dengan Buah Horen!Hihi.. X-p
So,Good Luck untuk semua yang join contest ini!
Gong Xi Fa Chai! (^_^)v


p.s: Nak update tentang xtvt menguruskan badan(jogging lah tue..)tapi camera pulak tertinggal dalam kereta adik.. :-( So,saya hapdate tentang contest nie dulu..

Labels:


16 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Semoga Tuhan Memberikan Anda Hidayah..
  • How Lucky U R ..
  • Sadly Missed......
  • Happy!
  • 'What Style & Color I Am' Contest by Mizz Vee Violet
  • Pink Muslimah Store Giveaway/Freebies!
  • Bisikan Rindu..
  • Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)
  • Xin Nian Kuai Ler!
  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati