TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Friday, February 26, 2010 / -3:48:00 PM
Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all..

Biodata & kronologi hidup baginda Rasulullah S.A.W sebagai tatapan & ingatan kita bersama agar lebih mengenali & mencintai Rasulullah S.A.W serta perjuangan baginda Rasul dalam menegakkan syi'ar Islam..

"..dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Surah Al-Anbiya' ayat 107.
Junjungan Mulia (Al-Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa’adah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yag sa’adah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putera yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirlah bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan yang mulia..


Biodata Rasululullah S.A.W

Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
Tarikh Lahir: Subuh hari Isnin, 21 Rabi'ulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)
Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama Bapa: Abdullah Bin Abu Muttalib Bin Hashim
Nama Ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan Bapa Rasulullah S.A.W)
Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua: Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 5 Tahun

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah S.A.W yang dilakukan oleh dua Malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud dalam hatinya.
Usia 6 Tahun

  • Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah & Madinah). 
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib
Usia 8 Tahun

  • Datuknya Abdul Muttalib pula meninggal dunia & baginda dipelihara pula bapa saudaranya Abu Talib.
Usia 9 Tahun

  • (Setengah Riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di Kota Busra, negeri Syam seorang Pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun

  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirrah' jilid 1 halaman 184-187 mengatakan pada masa itu usia Muhammad S.A.W ialah 14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
  • Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 tahun

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda Rasulullah S.A.W bersama bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru Bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas Kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. 
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun

  • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawarrah dengan di temani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq untuk tujuan dakwah. 
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabi'ulawal/24 September 622M.
Usia 63 tahun 
  • Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabi'ulawal tahun 11Hijrah/8 Jun 623 Masihi.
Cintai Rasulullah!
 "Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi wa sallam"

Labels:


10 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Xin Nian Kuai Ler!
  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien
  • Sesi Photoshot & Jadual Lakonan
  • Lucky Draw di Belog Enchik Mietos
  • Dakoo Sedang Memotivasikan Diri
  • My Childhood Photo Contest Result!
  • Saya Buntu! ( My Childhood Photo Contest Result )
  • Penyertaan 'My Childhood Photo Contest' telah Ditutup
  • Saya Nak Follow tapiiii..
  • My Childhood Photo Contest Update II


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati