TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Wednesday, January 27, 2010 / -9:00:00 PM
Dakoo Sedang Memotivasikan Diri


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all!

Kemalasan bererti keengganan diri untuk melakukan sesuatu XTVT atau kegiatan..Sangat enggan lah!Haiyoo..hingga mau hapdet belog pun rasa sangat malas & tak larat..Kemalasan yang membunuh!
 Kemalasan bukan suatu penyakit tetapi lebih kepada gejala yang dialami oleh seseorang itu tetapi sekiranya kemalasan tersebut melampau sampai nak makan pun malas ini bermakna seseorang itu mungkin mengalami salah satu daripada gejala kemurungan,sindrom keletihan kronik atau skizofrenia!(Errkk!?Skizofrenia??!)
Kemalasan juga akan menjadi-jadi selepas kita terlalu letih berkerja atau ketika mengalami tekanan yang hebat..(Tekanan kah dakoo??)

Namun begitu,para Penyelidik Autralia juga telah dapat mengenalpasti penyebab kepada kemalasan adalah kerana KEKURANGAN MOTIVASI DALAM DIRI/Motivational Deficiency Disorder atau dikenali sebagai MoDeD..(Ohh..agaknya saya kureng bermotivasi dats why la diri jadi sangat malas!Sila berikan motivasi kepada saya!Wink!) So I must do sumthin to overcome my lazyness!!!
Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi kemalasan:

1. Latihan Olahraga/Senaman

Anda akan berasa malas jika anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian anda.Berolahraga atau bersenam adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap tenaga anda untuk melakukan sesuatu yang anda mahu lakukan di sepanjang hari tersebut.(Saya lack of energy kut sampai mau pegang mouse pun tak larat!?Tsskk..)

2. Istirehat Secukupnya

Tidak mempunyai cukup istirahat juga akan membuat anda menjadi malas.
Pastikan bahawa anda mempunyai waktu istirehat yang baik & cukup.
(Jangan telebey sudah la ye..)

3. Tetapkan Batas Waktu Minimum untuk Memulakan Sesuatu Kerja

Yang paling sukar adalah untuk memulakan sesuatu kerja/xtxt/kegiatan.Jadi menetapkan jumlah waktu antara 5minit hingga ke 15minit untuk melakukan sesuatu kerja/xtvt/kegiatan dan lakukan kerja tersebut sampai waktunya habis. Selepas itu, ia akan menjadi lebih mudah untuk anda memutuskan samada meneruskan kerja tersebut atau tidak.

4. Menciptakan Rasa Terdesak

Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mengalahkan kemalasan. Jika anda mempunyai perasaan terdesak maka akan lebih mudah untuk bangun dan melakukan apa yang harus anda lakukan. Salah satu cara untuk mencipta rasa terdesak adalah dengan menetapkan tempoh masa untuk sesuatu yang anda lakukan.(Ya..saya sangat terdesak sekarang untuk hapdate belog kerana sudah 4hari tidak menghapdet!)


5. Lihat Manfaat

Salah satu alasan menjadi malas adalah kerana kita hanya melihat kesulitan dari sesuatu yang kita lakukan tanpa berfikir tentang manfaat yang akan kita dapat daripadanya. Jadi fokuskan fikiran anda tentang manfaat daripada kesulitan.(Memang banyak manfaat berblogging nie walaupun diri amat megalami 'kesulitan' mau hapdet belog!)

6. Fikirkan Tentang Apa yang akan Terjadi jika Anda tidak Melakukannya

Sambil berfikir tentang manfaat yang dapat memotivasi anda, memikirkan kerugian jika anda tidak melakukan tugas boleh juga memotivasi anda. Fikir apa kesan sebaliknya jika anda tidak melakukan tugas yang sepatutnya anda lakukan tersebut.

7. Mencari Rakan

Motivasi daripada rakan dapat mengatasi kemalasan anda. Sementara motivasi batiniah adalah yang terbaik, kadang-kadang kita juga perlu motivasi dari luar.

8. Memutuskan apa Tindakan Seterusnya

Kita mungkin menunda-nunda kerana kita tidak yakin apa yang harus dilakukan selanjutnya. Jadi, melihat tugas dan memutuskan apa yang selanjutnya yang anda perlu lakukan. Setelah anda tahu apa yang harus dilakukan, akan lebih mudah untuk memulakannya.


9. Melakukan Satu Hal pada Suatu Waktu

Mungkin tampak jelas, tetapi kita akan menjadi malas kerana kita cuba melakukan lebih daripada satu perkara pada suatu masa. Yang membuatkan diri kita merasa letih. Jadi hanya pilih hanya satu kerja yang anda perlu lakukan pada suatu masa.(Banyak yang nak hapdate dekat belog nie tapi tatau nak hapdate mana 1!?Jadi tips no.9 sangat bagus,lah! ^_^

10. Mencabar Diri

Membuat tugas menyenangkan dengan mengubahnya menjadi sebuah cabaran. Bolehkah anda melakukan tugas/kerja/kegiatan tersebut??Orang lain boleh megapa tidak anda?

11. Catat Kemajuan Anda

Anda akan lebih termotivasi jika anda boleh dengan mudah melihat kesan daripada kemalasan.Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menjejaki kemajuan anda setiap hari. Berilah tanda setiap kali anda menyelesaikan sebuah tugas. Kemalasan akan memberikan anda sebuah lembaran kosong dan anda boleh dengan mudah melihat betapa buruknya kemalasan itu.

12. Lihat Kemajuan Orang Lain

Mengetahui seberapa jauh anda di belakang berbanding dengan orang lain juga mampu memotivasikan diri anda. Lihat mereka yang berjaya dan jadikan mereka sebagai salah satu sumber inspirasi anda.

13. Menyelaraskan Diri dengan apa yang Penting bagi Anda

Sementara semua tips di atas dapat membantu anda ianya akan lebih mudah untuk mengatasi kemalasan jika anda melakukan sesuatu yang penting bagi diri anda. Semangat yang membara bagai api yang menyala di dalam mampu membuat anda ingin untuk bertindak. Jadi menemukan penyebab yang penting bagi anda dan menyelaraskan diri sebanyak mungkin dengan hal itu!Semoga Berjaya!!!

p.s: Tips ini seswai digunapakai untuk apa2 jenis kemalasan sekalipun! :-p

Labels:


26 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • My Childhood Photo Contest Result!
  • Saya Buntu! ( My Childhood Photo Contest Result )
  • Penyertaan 'My Childhood Photo Contest' telah Ditutup
  • Saya Nak Follow tapiiii..
  • My Childhood Photo Contest Update II
  • Contest Eksperimen Bahasa Miss N
  • Aduan kepada Ketua Kampung
  • I'm speechless..
  • 13th of January 2010 (Its My Birthday!)
  • Update My Childhood Photo Contest I


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati