TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Monday, November 30, 2009 / -11:39:00 PM
Astro Boy!!

Bermula di sebuah kota kecil yang terapung dari permukaan bumi,'Metro City'..'Astro Boy' kisah tentang robot dengan kuasa menakjubkan ciptaan Dr Tenma,Scientist terkenal di Metro City sebagai ganti kehilangan anaknya Toby yang telah terbunuh dalam sebuah letupan di makmal ujikaji..Toby sangat bijak tapi bila Dr Tenma created the new Toby..unfortunately dah tak sama seperti Toby yang lama..Just 'memory' yang tersimpan masih sama tapi sikap & tingkahlaku sungguh berbeza..Jadi,Dr Tenma tak mau pun mengaku Toby nie anak die..So sad,kan..Toby kecil hati lantas membawa diri ke bumi yang dipenuhi dengan Robot2 terbuang..Di bumi, Toby bertemu dengan 6 orang budak2 yang mana salah seorangnya juga terbuang daripada Metro City & disitu lah Toby dikenali sebagai Astro Boy..Beberapa lama Astro Boy di 'tempat terbuang',dia kemudian kembali semula ke Metro City untuk menyelamatkan kota tersebut daripada serangan Alien!Warrgghhhh..serangggg!Ops..(Sambung balik!)Dan Astro Boy diterima semula oleh bapa die Dr Tenma.. Dah habis sinopsis Astro Boy yang best nieh..sampai meleleh airmata la tengok..Bukan ape sebab ending citer nie tersangat lah menyentuh hati nurani jiwa raga(bakul masuk sendrik angkat! :p )saya yang lembut & ayu nie.. :p Tapi sebelum part sedih2 tu,lenguh perut lah asik ketawa,ketawa,ketawa!4 Bintang untuk budak'Astro Boy'!

p/s: Harap maklum, Movie ini tiada kaitan samada dengan yang hidup atau yang mati Astro Ria,Astro Awani ataupun yang sewaktu dengannya..

p/s: THANKS AGAIN TO GALAXIE MAG coz sponsored free tickets nieh.. :) Cayyyaaannggg..Galaxie!Mmwwaahh!


Labels:


22 comments
» Sunday, November 29, 2009 / -10:37:00 AM
The Twilight Saga: New Moon!(Team Jacob! ;p )



Just saw the film with my hubby yesterday and the film was really good!The Twilight Saga: New Moon,my top 10 favorite Movie!Filem mesti tonton..Tapi kan sangat sedih when Bella left Jacob for Edward..Huwawaaa..Ohh!Saya suka tengok wajah Jane(Dakota Fanning) coz sangat cantik lah dia nie and Jacob Black/Warewolf (Taylor Lautner) is so hot & gorgeous!Thihihiii..Team Jacob all the way!!




Memang ramai sangat yg nak nonton New Moon yesterday..
Me & hubby sampai shopping mall pukul 6ptg kitorang terpaksa
beli tiket show yang pukul 7..



Sedey bila teringat Bella ditinggal Edward..
Tapi sian pula dekat Jacob coz tak dapat besama Bella..Sobss..
Takper Jake,saya ada..Wahaha..jeles hubby dengar nanti.. :p






Labels:


11 comments
» Friday, November 27, 2009 / -7:12:00 AM
Eid Mubarak!





Salam AidilAdha, Mohon Maaf Lahir & Batin seikhlas hati nurani..Seribu kemaafan jua di pohonkan, seandainya ada tersalah kata jua tingkahlaku ku yang menebak luka di hati kalian..Sesungguhnya diri hanya hamba-Nya yang lemah yang tidak pernah luput daripada melakukan kesalahan..
~ May U Be Showered with the Blessings of Allah, today & Always!
Eid-Mubarak~

Labels: ,


11 comments
» / -6:30:00 AM
Persiapan Menyambut Aidiladha part III!

Sesi masak memasak dilakukan beramai2..
Ngam2 je selesai memasak, Gas pun abis..

p/s: Tatau nak tulis ape, kepala pun da pusing..
Jadi, apekata kita layan aje gambar2 di bawah 
nie..


Adik yang takut2 nak layur Daun Pisang atas api..
Tak sampai setengah minit Daun Pisang bertukar tangan kepada Kakaknya..Puteri Lilin betol Adik ku nie,takut sangat tangan disambar api..




Beginilah nasib malang Ketupat apabila kehabisan Daun Palas,terpaksa lah dibalut dengan Daun Pisang.....

Ketupat Daun Palas yang dah siap dimasak

Ketupat Daun Pisang yang telah siap dimasak


Gulai Daging yang telah siap dimasak..
Ada lagi menu yang belum dimasak nie..
Bersambung kemudian..











Labels: ,


2 comments
» / -5:47:00 AM
Persiapan Menyambut Aidiladha part II!

Assalamu'alaikum.. :)
26/11/2009-Pegi ke shopping mall dengan my hubby,shopping2 barang,baju raya..
Penat berjalan makan KFC dulu & sebelum pulang sempat posing2.. :)
Daripada KFC Restaurant,dalam elevator sampai ke car-park pun kitorang posing!

Balik, sampai rumah dah letih..Tapi kena buat keja rumah juga,
siapkan jamuan Raya siang nanti..Letihnya..
27/11/2009-Somebody call 999!Saya pingsan!


~ Picture Gallery :p ~








Posing!Dekat Car-park pun jadik!

The Malaysia's Next Top Model..Hihiihii..


Biru Baju Rayaku ..




Labels: ,


2 comments
» Thursday, November 26, 2009 / -12:17:00 AM
Thanks Galaxie!

Thanks to Galaxie Mag coz bagi 2 free muvee tickets
nie untuk saya!Hihi..5 contest saya join, 1 nie je yang menang.. :)
Tiket2 percuma nie terhad hanya untuk 150orang saje..
Mudah je lah contest nie..Jawapan dah ada depan mata..
Fikir2 sikit,tulis then post!Tiket nie Encik GDex hantar kat 
depan pintu rumah tengahari tadi..Thanks ye Encik GDex!Diz tickets valid 
from 29 November 2009 only..Maybe,waktu tu Astro Boy nie baru kuar theatre kut..

p/s: Astro Boy features the voice of Kristen Bell, Nicolas Cage, Bill Nighty,
Freddie Highmore Jr., Samuel L.Jackson & Donald Sutherland..
Umm..best ke muvee nie?Nanti kita tengok,key.. :)







Labels: ,


7 comments
» Wednesday, November 25, 2009 / -10:40:00 PM
Tadaaaa!Nie dia..

Tadaaa!Nie dia sekut2 & kek yang saya ngan Opah beli siang tadi 
untuk Hari Raya Aidiladha..Lihat..sekelip mata dah siap tersedia.. :p


Bahulu,Kek Horen,Jejari Oats,Putu Kacang,Dal Pedas,Biskut 'Unknown'..
(Hihi..'Unknown'sebab tak ade letak namanya pun dekat bekas tu..Rasanya 
macam Almond London tapi rupa die tu macam 
Tat Telur yang jual kat Bakery jek,kan..)

Tak banyak pun beli sebab ada lagi yang Mom order dari jiran seblah tu..Plan nak la buat sekut & kek sikit sebab Raya Puasa hari tu tak buat sekut & kek pun..Tapi Opah ngan Mom cakap,tak payah buat sebab kalau saya buat habis lintang-pukang & comot dapo..Tapi saya tetap nak buat juga 1 jenis Kek..Salu buat Kek Batik,Almond London dengan Cornflakes Madu je bila Hari Raya..Tapi Raya Puasa tahun nie men order je..Sebab tu fikir nak buat juga Kek Batik untuk Aidiladha nie..
Ohh..lepas shopping biskut2 tu tadi kan kebetulan dekat seblah kedai biskut ada butik yang jual baju2 kurung & tudung..Opah nak beli baju kurung tapi dekat situ tak ada pun yang sepadan ngan badan Opah sebab Opah nie kecik comey je tapi baju kat situ semua besar & labuh..Kalo Opah pakai,agak2nya..nampak macam baju tu yang pakai Opah,kut..Hehe..So, Opah & saya beli seorang 2helai tudung..Lepas membeli tu kami balek, masa otw nak balek tu perut berkeriuk2 pulak minta di isi nie..Duk fikir2 kan nak makan apa la ekk..tup2 ternampak lak ada gerai Chendol & Laksa,apa lagi beli & tapau bawak balek lah..Sampai ke malam kenyang makan Laksa ngan Chendol..Alhamdulillah.. :)





Labels: ,


4 comments
» / -11:13:00 AM
Persiapan Menyambut Aidiladha..

Salam..
Alamak!Baru nak update entry, Opah ajak pergi beli barang2 untuk persiapan Hari Raya Aidiladha pulak..Nak beli Biskut,Kek pastu bahan2 untuk memasak nanti..Anda macamana, dah buat preparation untuk sambut Aidiladha?


p/s: Kesian pada siapa2 yang kena banjir teruk tu terutama di Kelantan & Terengganu, macamana la agaknya dorang nak sambut Aidiladha nanti,kan....?Hurrmmmm.. 





Labels: ,


16 comments
» Friday, November 20, 2009 / -2:57:00 PM
Last Words of Prophet Muhammad SAW



Suddenly, there was a person, he said salaam.. 'May I come in?' he asked..But Fatimah did not allow him enter the room..'I'm sorry, my father is ill,' said Fatimah, turned her body back and closed the door..She went back to her father who had opened his eyes and asked Fatimah, 'Who was he, my daughter?' 'I don't know, my father..It was the first time for me to see him,' Fatimah said gently..Then, Rasulullah (SA) looked at his daughter with trembled look, as if he wanted to reminisce about every part of her daughter's face. 'Know one thing! He is who erases the temporary pleasure; he is who separates the companionship in the world..He is the death angel,' said Rasulullah . Fatimah bore the bomb of her cry..The death angel came toward him, But Rasulullah asked why Jibril (AS) did not come along with him. Then, Jibril (AS) was called..Jibril (AS) was ready in the sky to welcome the soul of Habibullah and the leader of the earth. 'Oh Jibril, explain me about my rights in front of ALLAH?' Rasulullah asked with a weakest voice. 'The doors of sky have opened, the angels are waiting for your soul.' 'All jannats open widely waiting for you,' Jibril said..But  in fact, all this did not make Rasulullah relieved, his eyes were still full of worry..'You are not happy to hear this news?' asked Jibril.

'Tell me about the destiny of my people in future?' 'Don't worry, Oh Rasulullah..I heard ALLAH tell me: 'I make jannat haram for every one, except the people of Muhammad who are inside it,' Jibril said..It became closer and closer, the time for Izrail (AS) to do his work..Slowly, Rasulullah's soul was pulled..It was seemed that the body of Rasulullah was full of sweat,the nerves of his neck became tight..'Jibril, how painful this Sakaratul Maut is?' Rasulullah uttered a groan slowly..Fatimah closed her eyes, Ali sat beside her bowed deeply and Jibril turned his face back.. 'Am I repugnant to you that you turn your face back o Jibril?' Rasulullah asked the Deliverer of Wahy. 'Who is the one who could see the Habibullah in his condition of Sakaratul Maut..' Jibril said. Not for a while, Rasulullah uttered a groan because of unbearable pain. 'Oh ALLAH, how great is this Sakaratul Maut.. Give me all these pains, don't give it to my people.' The body of Rasulullah became cold, his feet and chest did not move anymore....His lips vibrated as if he wanted to say something, Ali took his ear close to Rasulullah..'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - take care of the saalat and take care the weak people among you.' Outside the room, there were cries shouted each other, sahabah held each other. Fatimah closed her face with her hands and, again, Ali took his ear close to Rasulullah's mouth which became bluish..

'Ummatii, ummatii, ummatii?' - 'My people, my people, my people.' And the life of the noble man ended. Could we love each other like him? Allahumma Salli 'ala Muhammad wa Baarikwa Salim 'alaihi..How deep is Rasulullah's love to us..


p/s: Don't worry if people hate you because there are many others who love and care you in the earth..But be worried if ALLAH hates you because there is no other who loves and cares you in akhirat..May Almighty Allah guide all of us to the Right Path and give all of us the courage to accept the Truth in the light of Qur'an and Sunnah and to reject all things which are in contradiction to the Holy Qur'an and Sunnah. (Ameen!)



Labels: ,


12 comments
» / -5:46:00 AM
Ribut Salji di Kuala Lumpur??



Desas-desus mengatakan bahawa ribut salji dijangka melanda Ibukota Kuala Lumpur pada 20 November 2009 yakni esok..Spekulasi tersebut disebarkan daripada e-mail ke e-mail..Dalam berita semasa TV2 malam tadi Pegawai di Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan spekulasi tersebut..Katanya, tidak akan berlaku sebarang ribut salji di Ibukota..Ianya kerana Malaysia berada pada kedudukan kawasan khatulistiwa..Sebaliknya ribut salji hanya akan berlaku di negara-negara yang berada pada kedudukan di latitud pertengahan sahaja..Angin Luruan Monsun yang sedang melanda negara kita hanya akan menyebabkan hujan lebat untuk beberapa hari akan datang terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu..
Sebarang kemusykhilan, boleh lawati laman web JMM..Sila klik di sini.



p/s: Kalau ribut takut..Kalau salji mau lah..Ingatkan betu!Kalau tidak awal2 lagi dah terbang pegi KL!



Labels: ,


15 comments
» Saturday, November 14, 2009 / -9:55:00 PM
November Rain


Salam..
Bila hujan turun, rasa malas mau jalan mana-mana..Lagi serunuk rasanya duduk bermalas-malasan di rumah..Kalau outing, jejak saja tanah kaki kena air hujan,habis basah maa..
Melihat hujan yang turun dari jendela rumah sangat mendamaikan & entah mengapa tiba-tiba rasa mau berjiwang-jiwang pula..erkkk..?!













'Car Wash'free..
 Hujan turun menyejukkan tapi akan jadi takut pula bila hujan turun jadi macam 
situasi di bawah nie..

Banjir di Perlis..Kesian dekat tuan punya Motor tu..
(Credit to Kosmo! online)

Banjir dari Semenanjung sampai la ke Vietnam pun banjir..
(Credit to Kosmo! online) 

Ada tak siapa-siapa yang pernah melalui pengalaman rumah/kawasan tempat tinggal yang dilanda banjir?Kawasan rumah saya so far,Alhamdulillah tak pernah lagi kena banjir teruk,mungkin sebab rumah saya & keluarga terletak di kawasan atas bukit sikit jadi susah nak kena banjir..Tapi main road 100meter dari rumah saya memang akan kena banjir tiap kali hujan lebat..Bila baca akhbar & tengok berita TV kan,sangat kesian lah kepada mereka yang terpaksa meninggalkan rumah & bertumpang teduh di Masjid,Sekolah & Balairaya tu..Lagi kasihan kepada para Petani yang mengusahakan tanaman Padi..habis rosak Padi berekar2..

Hermmm..walaupun hujan banjir menakutkan tapi hujan juga adalah salah satu lambang keagungan Tuhan..Kan orang selalu cakap yang hujan tu adalah rahmat tapi kalau banjir tu mungkin lah satu dugaan pula kan..?

 


Labels: ,


19 comments
» Thursday, November 12, 2009 / -9:22:00 PM
Wanita yang Insaf


Diceritakan bahawa di kaalangan Bani Israil zaman dahulu ada seorang wanita yang sangat cantik & menjadi pelacur kelas tinggi..Dan dia tidak akan melayan seseorang pelanggan melainkan dengan bayaran 100 dinar..
Pada suatu hari, seorang abid(ahli ibadah)terlihatkan wajahnya & dia amat tertarik kepada wanita itu..Maka dia pun berkerja keras untuk mengumpulkan wang 100 dinar..Setelah wang sebanyak itu terkumpul, dia pun pergi ke tempat wanita itu dengan membawa wangnya..Lalu si abid berkata kepada wanita itu,"Aku sangat tertarik kepada wajahmu & sudah lama merindukanmu"..Kata orang abid itu tadi.."Aku telah berkerja sekarang aku sudah dapat  & ini lah..",sambil menunjukkan wang 100 dinar kepada wanita tersebut.."Kalau begitu,marilah masuk ke dalam.."kata wanita..Lalu lelaki itu pun masuk..Wanita tersebut pula naik ke atas katilnya yang diperbuat daripada emas & memanggil lelaki abid itu,"Marilah ke sini.."Lelaki itu pun naik ke atas katil..TETAPI baru sahaja berada di atas katilnya,tiba-tiba dia teringat kepada ALLAH & timbullah rasa takutnya yang luar biasa..Bagaimana nanti bila dia dihadapkan ke hadapan Allah Azza Wajalla?Dia berteriak & meronta2 dari pegangan si wanita.."Lepaskan aku!Aku akan keluar dari sini!"menjerit lelaki itu.."Akan keluar dari sini??",si wanita itu bersuara penuh tanda tanya.."Ya,aku takut kepada Allah!Ambillah wang 100 dinar ini untukmu!"Lantas wanita itu bertanya lagi.."Mengapa engkau tiba-tiba berubah sikap?Tadi engkau katakan yang kau sangat merindukan aku tapi sekarang engkau tidak mahu..?""Aku takut kepada Allah, bagaimana nanti bila aku dihadapkan kepada-Nya!?"jawab lelaki itu tadi..
Tiba-tiba wanita yang telah lama menghambakan diri sebagai pelacur itu juga sedar akan kesalahan & kesesatannya..Tiba-tiba pula hatinya menjadi sangat gementar & takut kepada Allah & berazam berhenti melacurkan diri ketika itu juga.."Kalau begitu, ambillah aku sebagai isterimu..Aku akan bertaubat"..Tetapi lelaki itu menjawab"Tak payah.."Lalu wanita itu berkata lagi,"Engkau mesti berjanji kepadaku bahawa engkau akan berkahwin denganku".."Baiklah",kata lelaki itu kemudian terus lari keluar daripada rumah..
Tinggallah wanita itu seorang diri dalam penyesalan sementara si lelaki terus balik ke negerinya. Si wanita tiada pilihan lain melainkan kecuali ingin berkahwin dengan lelaki yang menyedarkannya itu..Dia terus keluar mencari lelaki itu & bertanya ke sana ke mari. Maka orang yang ditanya pun menunjukkan rumah lelaki abid itu. Apabila diberitahu ada orang mencarinya, si lelaki pergi keluar rumahnya..Ternyata seorang wanita bekas pelacur yang pernah didatanginya ada di situ..Lelaki itu terkejut lantas memekik dengan tersangat kuat & dia mati ketika itu juga..
Si wanita sangat kecewa kerana cita-citanya tidak tercapai lalu dia nekad berkahwin dengan saudara si lelaki abid itu.."Apakah dia mempunyai saudara terdekat?"tanya si wanita.."Ada tetapi dia seorang lelaki yang sangat miskin",kata orang yang menjawabnya.."Tak apa lah,aku akan kahwin juga dengannya.."kata wanita itu..Maka dia pun berkahwin dengan saudara lelaki kepada lelaki abid yang mati itu tadi..Jadilah wanita itu seorang yang SOLEHAH serta bertaubat dengan taubat Nasuha..Dari perkongsian hidupnya itu, dia memperolehi 7 orang anak lelaki yang kesemuanya menjadi orang yang soleh..
Wassalam..



Labels:


13 comments
» Sunday, November 8, 2009 / -8:16:00 PM
Hobi atau Obsesi??


Assalamu'alaikum..
Disebabkan saya tak tak ada apa2 xtvt lewat petang tadi tu sempat la saya buat blogwalking ke blog kawan2 blogger..Ada yang outing ke hari nie?Pegi shopping la tu yea..ke..pegi tengok muvee..Heiii..lame nie saya tak pegi tengok muvee..Teringin nak tengok muvee kisah realiti lagenda bintang Pop Michael Jackson sebelum beliau meninggal tu yang katanya dah dapat kutipan box-office RM300juta lebih!Tapi bila lah dapat pegi nye yea..
Fuhh..lepas penat da jari nie berlari2 sambil bawa baton(blogwalking)keliling Kampung 'Maya', saya berehat seketika,tea-time!Goreng2 Keropok Pencil yang hubby bawak balek dari Kuantan waktu Encik Hubby outstation tu hari..Sambil2 makan tu selak2 Suratkhabar nak tau ler jugak ape cerita menarik hari nie..Sekali baca nak baca 2 suratkhabar sekali..Hari2 mau beli..Sampai ada lagi tu yang tak sempat saya nak habiskan membaca..Mana nak baca blog lagi nak baca bahan bacaan kat rumah lagi..Ada yang suratkhabar dibeli hari Isnin pun hari Rabu baru saya baca..Hubby dengan kawan2 yang rapat dengan saya da tau dah pe'el saya..Derang cakap saya nie ketinggalan zaman..Mana taknya,orang beli suratkhabar baca hari tu jugak saya buleh pegi baca esoknya..mana la tak ketinggalan bas kalo macam tuh..Hehe.. Saya pulak jenis tak boleh tengok Suratkhabar,Buku atau Majalah kat kedai mesti nak beli..Kalo buleh nak borong satu kedai tu..Apakaaaa..??HOBI ATAU obesiti OBSESI,saya pun tatau..Ada sape2 kah yang boleh beri pandangan & menolong saya yang memerlukan bantuan kecemasan untuk mengurangkan tabi'at merokok ini!??




Nie beli semalam..


Nie beli hari nie,tak abis lagi baca..hurmmm..


Labels: ,


18 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Semoga Tuhan Memberikan Anda Hidayah..
  • How Lucky U R ..
  • Sadly Missed......
  • Happy!
  • 'What Style & Color I Am' Contest by Mizz Vee Viol...
  • Pink Muslimah Store Giveaway/Freebies!
  • Bisikan Rindu..
  • Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)
  • Xin Nian Kuai Ler!
  • D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati