Disclaimer IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS Tinta Bicara Hati My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!! Profile Small Town, Malaysia. Obsessed with TV Shows, Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags. as long as stars twinkle in the sky.. 'till the oceans run dry & 'til the day I die..InsyaAllah.." XOXO Lady E. My Shining Stars Tagbox |
BlogEntries »
Friday, February 26, 2010
/ -3:48:00 PM
Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H)Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum & Hello to all.. Biodata & kronologi hidup baginda Rasulullah S.A.W sebagai tatapan & ingatan kita bersama agar lebih mengenali & mencintai Rasulullah S.A.W serta perjuangan baginda Rasul dalam menegakkan syi'ar Islam.. "..dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Surah Al-Anbiya' ayat 107. Junjungan Mulia (Al-Mizan) Tercipta satu lembaran sejarah Di tanah suci kota Mekah Hari yang mulia penuh sa’adah Bermulalah sebuah kisah Malam Isnin subuh yang indah 12 Rabiulawal yang cerah 20 April tahun gajah Lahirlah zuriat yag sa’adah Abdullah nama bapanya Siti Aminah ibunya Riang gembira menyambutnya Lahirlah putera yang utama Muhammad nama diberi Gelaran yang terpuji Nikmat Ilahi sama disyukuri Terima putera yang berbakti Keadaan yatim anak mulia Lahirlah bawa cahaya Alam derita jadi gembira Terima junjungan yang mulia.. Biodata Rasululullah S.A.W Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim Tarikh Lahir: Subuh hari Isnin, 21 Rabi'ulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah) Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama Bapa: Abdullah Bin Abu Muttalib Bin Hashim Nama Ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan Bapa Rasulullah S.A.W) Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu Susu Kedua: Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) Usia 5 Tahun
"Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi wa sallam" ![]() Labels: Junjungan Mulia (Maulidur Rasul 1431H) 10 comments »
Sunday, February 14, 2010
/ -8:32:00 AM
Xin Nian Kuai Ler!Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum & Hello to All! Oh,yes..Petang semalam saya layan cerita Hindi..(Dah lama la tak layan cerita Hindi)Ratu Cantik Dunia 1994 yang berlakon..Siapa lagi kalau bukan Mrs Abhishek Bachan (Aishwarya Rai) yang sangat cun dalam cerita "Umrao Jaan"..Opah saya pun join layan cerita nie,sekali Opah terbekenan pulak dengan Miss Aishwarya Rai.. "Amboi cantiknya..Lawanya mata dia noooh.."katanya Opah..Saya bagitau la Opah, "Ofcoz la dia cantik Opah..Dia kan Ra2 Cantik Dunia.." :) Actually,cerita nie tak la malatop macam cerita "Mohabbatein" yang Mizz Aishu berlakon dulu,banyak pulak tu part2 menari & menyanyi..Sekejap2 menari,sekejap2 menyanyi..Leteh nak tunggu kesudahan cerita "Umrao Jaan",saya tukar channel lain tengok drama di TV1..Tajuk drama tu,"Ang Pow untuk Mama"..2day kan CNY..So,banyak program dekat TV tu sempena CNY & Valentines Day..Drama "Ang Pow untuk Mama" best & kelakar..Drama ala2 1 Malaysia la.. :) Antara pelakon dalam drama nie Jalaluddin Hassan,Marsha & ramai lagi tapi main character die,pelakon Fizz Fairuz a.k.a Ujang,seorang mamat yang lurus bendul..Si Ujang berkenalan secara tak sengaja dengan sorang Mamat Chinese namanya Alvin..Dorang boleh kenal sebab waktu Si Alvin nie memandu,dia yang nyaris2 terlanggar Ujang sebab Si Ujang tertido di tepi jalan(kut!Ada kut pulak,sebab Part mula saya tak tengok)Ujang ada bagitau Alvin yang dia memang seorang 'sleep-walker'..(Bahaya betol mamat nie berjalan dalam tido!)Si Alvin nie seorang peniaga yang sangat gigih bekerja demi m'dapatkan 'Ang Pow' untuk Mama nya buat menyambut Tahun Baru Cina..Haila..macam2 ragam & insiden lucu yang terjadi dekat dorang nie tambahan pulak bila Ujang bagitau dia anak orang kaya tapi Alvin tak mau percaya..Sebab apa Alvin tak percaya?Sebab pakaian Ujang nie sangat la tak sempoi pada pandangan Alvin..Tak nampak macam orang kaya pun..Terkekeh2 saya gelak dengan Opah tengok cerita nie..Oitt!Banyak pulak saya membebel..Saya nak cerita tentang Tahun Baru Cina nie sebenar2nye.. Malam tadi saya dengar mercun bunyi dum,dam,dum,dam!Tanda Tahun Baru Cina dah tiba lah tu..Saya ingat lagi waktu belajar di KL dulu,seblah rumah tu rumah Uncle Lee dgn Anty Siew Fong..Dorang nie tinggal dengan sepasang anak dara & anak teruna dorang..Anak perempuan memang cun habis macam Amber Chia!Anak lelaki pulak encem macam Aaron Kwok..Tiap tahun bila tiba CNY,family Uncle Lee mesti kasi Limau Mandarin yang banyak untuk kitorang (saya & housemate) Lagi best saya & housemate dapat tengok & dengar dorang bakar mercun yang besar2 yang bunyi dia kuat gile tu..Lepas habis je bakar mercun,telinga saya rasa macam dah hampir2 pekak! :p Petang sebelum CNY tu pulak,saya dapat dengar chinese neighbour kanan,kiri,belakang rumah kitorang tu sibuk memasak..Ketung,ketang bunyi kuali dengan senduk berlaga..Malam nya pulak dorang 'Makan Besar' & main Mah Jong sampai lah ke pagi..Memang meriah betol la dorang sambut CNY..Pengertian disebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Qurban kita dah sedia tahu..Sekarang nie saya nak tahu perayaan kaum2 lain di Malaysia macamane pulak..So,ada sedikit research yang saya buat..(Ecehh..terlebih rajen lah pulak hari nie..Semangat Harimau kut..!Hihi..) Actually,Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Qamari Cina..Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan..Tahun Baru Cina juga melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan..Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul..Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang..Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul..Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin..Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.. Tahun ini bagi orang Cina adalah merupakan tahun HARIMAU..Di antara kepercayaan orang Cina terhadap sesiapa yang lahir pada tahun & bulan ini mempunyai sifat2 seperti berikut: Kedudukan Zodiak ke-3 Waktu Naungan : 3 – 5 pagi Mata Angin : Timur laut-timur Musim dan bulan : Musim bunga, Februari Bulan qamari : 4 Februari hingga 5 Mac Zodiak Barat yang bersamaan : Aquarius Polariti : Yang Sifat positif : Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh Sifat negatif : Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar Paling serasi : Kuda, Dog Sederhana Serasi : Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing Tidak Serasi : Lembu, Ular, Ayam, Kera, Kh*n**r (Sumber dari Wiki) Happy CNY!!Xin Nian Kuai Ler! Mari makan Limau!!! >__< Labels: Xin Nian Kuai Ler Chinese New Year 21 comments »
Friday, February 12, 2010
/ -6:06:00 AM
D' Bomb Photo Contest by Mizz AienBismillahhirrahmanirrahim.. Sorry for the silence of the past few days..Been so busy lately with my daily routine..Busy dengan sewing class & also busy dengan "diet programme" for weight lost I itu.. :-p Baiklah,lupakan seketika tentang kesibukan SAYA RASA PHOTO SAYA PATUT MENANG KERANA photo dengan momen manis ini telah berjaya dicaptured oleh my hubby pada zaman Fantasia Bulan Madu weols dolu2.. Hijau2,'mesra alam' & ala2 save the earth gitu,kan.. SAYA TAHU CONTEST NI DARI Aien`s corner.. (Aien dear..Thanks 4 ur invitation!) p.s: Motip iols cakap 'ala2' ginie??? p.s: Haha..Sori Aien..Sis da tatau la nak letak slogan 'Malaysia Boleh' camane lagi..Idea dah kering ni! Labels: D' Bomb Photo Contest by Mizz Aien 20 comments »
Tuesday, February 2, 2010
/ -11:58:00 PM
Sesi Photoshot & Jadual LakonanBismillahhirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum & Hello to all.. Lepas nie mungkin saya akan agak busy hingga mungkin tak sempat pun untuk update belog..Blogcrawling saja lah lepas nie..(Crawling pun crawling lah..)Sekarang hidup saya dipenuhi jadual lakonan yang padat & juga sesi photoshot dengan majalah2 popular di Malaysia & Luar Negara..(Wakaka..Opss!Ada ke orang nak percaya!?!) Haha..No lah,I was only kidding!! :) Nak tau apa program saya dari minggu lepas,hari ini & untuk hari2 seterusnya yang kedengaran seperti busy bagai mengalahkan kan PM (Prime Minister) tu??Mari kita saksikan bersama apakah xtvt glamer tersebut.. . . . . . . . . . . . . . . . . . Tom-Tom Bak Aznil :-P Photoshot bersama Majalah Vogue Yang sebenarnya tiada pun jadual lakonan mahupun photoshot,tipu je gossip2 tu semua.. :-p Lain lah kalau wajah saya ala2 Pan Asian atau pun potongan badan bak Maya Karin boleh la muka nie masuk TV & Majalah,kan.. Sila lihat gambar di atas tu tengah kembang kempis idung tak cukup napasssss!Letehhhhhh..penaatttt..berjogging minggu lepas..Gigih tak saya?Actually lama dah tak jogging,nie baru je start balek minggu lepas..Berat badan saya nie macam YOYO la..Hemmphhh..Hari pertama berjogging masih okay,masuk hari ke-2 kaki mula rasa sakit2..Takper,teruskan lagi usaha,Ieda!(Motivasi diri sendiri!) ![]() No more Bege & Cakes.. :( Hanya ada Oat Krunch & Low Fat Milk (Foto ihsan Gugel) Fikir nak jogging lagi hari nie TAPI tak dapat sebabbbbb..hari nie saya baru mula Kelas Jahitan!Horraayyy..lepas nie boleh la saya jahit baju sendiri.. :-D Kelas Jahitan tu habis lewat pukul 6:30petang so tak sempat la nak Cikgu Ifah suruh saya salin nota lepas tu tiba2 kena suruh melokis pulak..Dah bertahun2 tak melokis,terketar2 jugak tangan nie nak melokis p/s: Harap2 tak ada lah jarum yang patah,besok!Amin.. :) Labels: XTVT's Sesi Photoshot Jadual Lakonan Maya Karin Cantik 25 comments »
Monday, February 1, 2010
/ -6:07:00 AM
Lucky Draw di Belog Enchik MietosBismillahhirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum & Hello to all.. Saya nak join contest Lucky Draw ini! ^__^ Arahan pertama i. Sila follow Enchik Mietos: Sudah jadi pengikut Encik Mietos! :-) Arahan pertama ii. Sila nyatakan referrer anda: Puan Zai Kulim yang cantique ittew! ^_* Arahan kedua,sila letakkan banner 'Mietos Lucky Draw' pada N3 serta linkkan kembali dengan belog Enchik Mietos & jangan lupe letakkan juga banner ini pada sidebar belog anda: Tadaaaaa!!Sudah letak.. ^__^ Hadiah Pilihan - 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak..Sila pilih souvenier dari negara mana yang dihendaki!Sila pilih satu sahaja: Hadiah dari Japan @ Hadiah dari Barbados @ Hadiah dari Korea @ Hadiah dari Egypt @ Hadiah dari France @ Hadiah dari USA? Je veux de souvenirs de la France!Maksudnya: Saya mahu souvenir dari Perancis!(Hihi..betol kah ayat itu??Main gugel je tadi!) So,guys kalau nak souvenir yang di import dari jauh tu,mari lah kita join ramai2 contest Lucky Draw nie!Sangat mudah lah syarat2nya..Just ikut je yang macam saya buat dekat atas tu tapi kalau nak tahu arahannya dengan lebih lanjut anda boleh KLIK SINI & jangan lupa letakkan nama saya sebagai referrer anda,ya.. :-) Then,bila arahan & syarat2 semua dah anda penuhi sila tinggalkan link N3 anda tentang contest Lucky Draw Enchik Mietos nie di belog Enchik Mietos supaya senang nanti Enchik Mietos nak meluluskan penyertaan anda,ye.. Ingat,join contest nie sebelum Hari Raya Cina (13 Februari 2010)hoccay!Kalau tidak Enchik Mietos tak kan bagi anda Ang Pau dengan Buah Horen!Hihi.. X-p So,Good Luck untuk semua yang join contest ini! Gong Xi Fa Chai! (^_^)v p.s: Nak update tentang xtvt menguruskan badan(jogging lah tue..)tapi camera pulak tertinggal dalam kereta adik.. :-( So,saya hapdate tentang contest nie dulu.. Labels: Contest Lucky Draw Belog Enchik Mietos 16 comments |
MusicBox Nuffnang Recents Flashbacks August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 Loves ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana |