Disclaimer IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS Tinta Bicara Hati My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!! Profile Small Town, Malaysia. Obsessed with TV Shows, Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags. as long as stars twinkle in the sky.. 'till the oceans run dry & 'til the day I die..InsyaAllah.." XOXO Lady E. My Shining Stars Tagbox |
BlogEntries »
Thursday, December 31, 2009
/ -11:59:00 PM
**STICKY MODE**Top Commenter Contest Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan untuk contest ini: 1st Prize Winner : RM30 Cash 2nd Prize Winner : RM20 Cash 3rd Prize Winner : RM10 Cash 4th to 10th Prize Winner: Consolation Prize Top Commenter Contest has officially begun on 1st of December and will be ended on 31st of December 2009 ( 11:59P.M ).. Berserta syarat untuk dapatkan $$$$: 1. Follow atau link kan blog Ummi Hanie dgn blog anda (You can choose either follow or link back) 2. Buat entri ringkas tentang contest ini berserta STICKY MODE 3. Jika nama anda tersenarai dalam senarai Top 10 Commenter tetapi anda tidak memiliki blog,maka penyertaan anda TIDAK DIKIRA..Harap maaf.. 4. Komen yang berunsur NEGATIF tidak akan diambilkira.. Kritikan membina dibenarkan..Sila beri komen dengan bahasa yang sopan.. Hadiah MISTERI akan diberikan kepada TOP REFERRER! p/s: Jom join! Labels: Contest 29 comments »
/ -10:21:00 AM
Memories of 2009 ( Welcome 2010! )Assalamu'alaikum.. Pejam celik,pejam celik,sedar tak sedar dah tiba pun kita di penghujung tahun 2009..Lebih kurang 24jam++ tahun baru 2010 bakal menjelma..Selama mengharungi tahun 2009 segala macam pengalaman dilalui..Ada yang manis untuk dikenang,namun ada juga yang pahit yang tak mampu dilupakan..Apa pun jua yang terjadi Alhamdulillah..saya masih jua tetap teguh berdiri & tabah menghadapi semuanya sehingga lah ke detik ini.. Entah kenapa rasa bagaikan baru semalam saya berada dalam tahun 2009..Esok pula dah nak melangkah ke tahun 2010!MasyaAllah..singkatnya masa,pantasnya waktu yang berlalu..Usia pun semakin menginjak..Amalan pula terasa masih kurang..Masih kah saya punya waktu untuk menghambakan diri pada Allah??Tu lah yang saya fikirkan setiap hari..Moga Tuhan masih lagi memberikan saya kesihatan & kesempatan pada hari esok & hari2 seterusnya untuk saya terus menunaikan kewajipan saya sebagai hamba-Nya yang taat & mengamalkan segala perintah-Nya.. Memandang sekilas pada segala kenangan yang merungkai kesedihan dalam hati saya pada tahun ini dengan kembalinya Aunty Fatimah & Mak Teh saya ke Rahmatullah..Baru malam kelmarin arwah Mak Teh hadir dalam mimpi saya..Dalam mimpi tersebut Mak Teh duduk disebelah saya,kami berbual & sekali-sekala Mak Teh tersenyum sambil memaut lengan saya dengan mesra tapi kemudian mimpi tersebut terhenti sampai di situ saja..Saya tak tahu kenapa & apa pak maksud disebalik mimpi tersebut..Apa pun,saya tak lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mak Teh..Semoga Mak Teh aman & bahagia hendaknya di sana.. :') Saya tidak tahu apa yang akan saya lalaui pada tahun 2010 nanti..Semoga yang baik2 saja berlaku..Tetapi jika sebaliknya,semoga Tuhan berikan saya ketabahan hati & kekuatan iman untuk menghadapinya.. Kehidupan saya sekeluarga melalui kehidupan yang aman & bahagia pada tahun ini seperti juga tahun2 yang sebelumnya,Alhamdulillah..cumanya..kami kekurangan 1 sahaja iaitu cahayamata..Tanggal Mac 2009 nie genaplah 2tahun usia perkahwinan saya & suami tercinta..Agak cemburu juga saya kadang2 bila melihatkan ibu2 yang dah memiliki anak2 yang chumel2 belaka..Dalam hati sering berkata,"Bila lah ku pula dapat miliki bebi2 yang chumel macam bebi2 dorang tu..?"..Hummm..apa kan daya,rezeki masih belum memihak kepada saya & suami agaknya,kan..Tak apa lah,saya & suami akan tetap terus berdo'a semoga suatu hari nanti rumahtangga kami akan lebih berseri dengan kehadiran seorang cahayamata.. :) Di tahun 2009 juga banyak meninggalkan kenangan manis pada saya dalam dunia blogging..Di sini lah saya 'menjelajahi' dunia dengan lebih luas & juga mengenali ramai rakan2 blogger yang rata2nya sangat friendly,baik hati,mengambil berat & yang sedia membantu bantu di saat saya memerlukan bantuan tidak kira dari segi bantuan sokongan moral atau sebagainya..Antaranya Kak Nza,Adol,Hanie,Bie Azreena,Hada,Nana,Lynn,Bulan,Pearls,Mbak Nura,Aien,Encik Mat Ju,Vee dan anda semua..(Bukan mereka sahaja tetapi nama teman2 yang lain juga termasuklah anda semua juga sentiasa ada DI HATI saya!)Sungguh saya teramat2 menghargai ikatan persahabatan kalian walau sekadar hanya di 'dunia maya'..Semoga kita berpeluang pula untuk bersua-muka satu hari nanti..InsyaAllah.. Semoga 2010 memberi tuah,kebahagiaan,kejayaan & kegembiraan buat saya & juga anda semua..InsyaAllah.. :) Selamat Tinggal 2009..Selamat Datang 2010! p/s: Ade ke yang dah plan untuk sambut Malam Tahun baru malam nanti? :) Untuk para remaja & muda-mudi yang nak sambut tahun baru malam nanti,harap2 jangan lah ada yang sambut dengan merempit & berparti sehingga lupa diri & jangan lah sampai melakukan sesuatu yang di luar batasan agama & syariat.. Labels: Memories of 2009 Welcome 2010 Happy New Year, Special Day 16 comments »
/ -7:27:00 AM
Al-Fatihah di atas Pemergian Bonda kepada SyahadahAssalamu'alaikum.. Kehilangan semalam adalah suatu takdir yang telah ditentukan Allah S.W.T.. Meskipun kehilangan adalah suatu tragedi tidak dipinta yang mengundang airmata dengan 1000 kesedihan tak terucapkan tetapi saya amat2 berharap agar Syahadah atau lebih mesra saya sapa sebagai Hada akan rela,redha & tabah dalam menerima pemergian bondanya yang tercinta iaitu Allahyarhamah Puan Zaina Binti Jahara yang telah pergi menemui Penciptanya pada 29 Disember 2009 yang lepas akibat menderita kesakitan dalam tempoh yang agak lama..My deepest condolence to Hada & family..Al-Fatihah.. Mari lah rakan-rakan semua kita sedekah kan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah bonda kepada Hada..Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat & semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. Labels: Al-Fatihah Pemergian Menemui Pencipta, Sad Lost Condolence 8 comments »
Monday, December 28, 2009
/ -10:37:00 PM
Happy Birthday to Nana..Assalamu'alaikum.. Wish you the HaPPiNeSs & BLeSseD from Allah.. Nana p/s: Dah lame Nana tak update Blog.. :( Sian Nana tak larat.. Nana pun selalu saja tak sihat,kan..Harap Nana akan cepat sembuh dari sakit yang Nana alami..Amin.. p/s: Thanks to Miss Vee ingatkan Ieda birthday Nana hari nie.. :)Labels: Birthday, Special N3 11 comments »
Saturday, December 26, 2009
/ -8:19:00 PM
Cabaran Level Master (TYVM 4 Ur Votes & Comments!)Assalamu'alaikum.. Cabaran Level Master (Level 1-4) dah pun berakhir..(Sorry ye coz agak terlewat publish n3 nie..Bayangkan nak publish n3 nie pun amek masa 3jam..Lappy hang,tenet lembab..redha & sabar je laaaa..)Result pun dah keluar lame dah,5 hari lepas kut,ye..Walaupun sangat sibuk dengan kerja di pejabat,(end of the year memang camnie..)kerja di rumah lagi tapi saya curi-curi juga masa yang ada untuk join contest yang betol2 la mencabar mental & fizikal saya nie..Sudah lah task nye memang buat saya perah otak..(Rasa2nya perah santan lagi senang kut..)Siapa2 yang participate dalam contest nie & rakan2 blogger yang mengikuti 'perjalanan' kami dalam cabaran nie mesti dah tau kan ape resultnye..Cuma yang mendatangkan hairan & musyhkil pada saya..Awat banyak sangat NOMBOR 9 yang nak melekat dengan saya nie haa??ID saya 899,nick saya untuk contest nie LUVIEDA09,markah saya dapat 309 MARKAH,dapat pulak duduk tangga ke-9 carta tu.. Haissshhh! ![]() Haaa..tu dia lah result nye.. Hairan..hairan..dengan nombor sembilan.. Mujur saya nie tak duduk Negeri 9.. Kalau tidak memang lagi hairan & ajaib lah di buatnya.. My lucky number kaa?Hahaha.. Melalui contest nie lah jalinan ukhuwwah antara saya & sahabat2 blogger dapat dirapatkan,dapat menambah ilmu & memantapkan kemahiran saya dalam berblogging..JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN2 BLOGGER TERSAYANG yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam memberi komen,idea,pendapat & sokongan tak berbelah bahagi kepada saya selama menyertai Cabaran Level Master! A Million Thanks to: CIK BULAN,CIK NURUL,DAK WAN (Yang tak missed memberi komen/menyokong keempat2 level!) CIK BIE AZREENA,ENCHIK HANS,CIK SARA,CIK ALYNN,CIK LOT OF LOVE~PEARLS,CIK NANA,ENCHIK SEPUL,CIK IFFA, Labels: Cabaran Level Master Contest Thank You Friends, Contest 15 comments »
Wednesday, December 23, 2009
/ -11:57:00 PM
The Storm Warriors & Key's Char Koay TeowAssalamu'alaikum.. Owhhhhh..bestnya bila dapat keluar makan-makan & tengok movie!Nak-nak pula bersama-sama hubby ku terchenta..Dah lama tak dapat keluar dengan hubby coz lately nie dia sangat sibuk ..Kerja dari pagi sampai malam tak henti-henti..Hari nie dia dapat balik awal..Dengan tiba-tiba datang pula idea nak ajak hubby ku keluar pergi tengok movie..Bende nie tak plan pun, tup-tup datang je idea bernas nak pergi tengok movie nie,last minutes punye idea tu..nasib lah Encik Hubby cakap "No problem!Boleh.."Waahhh..terasa bagai ada pelangi dalam hati nie! ![]() Since adik yang bongsu tu pun masih bercuti sem so kitorang pun ajak lah die join sekali..Kitorang pergi nonton movie "The Storm Warriors"..Mula-mula kitorang cadang nak nonton "Santau" tapi dek kerana adik tercayang saya nie yang agak takut-takut dengan cerita seram maka terpaksalah di batalkan hasrat nak nonton pilem "Santau"..So,kitorang ikut lah cadangan hubby ku,nonton "The Storm Warriors".. Tapi..yang tak bley tahan tu sampai di pertengahan movie nie,Encik hubby ku nie da terlentuk dekat sebelah..Hailaa..kenapa awal sangat tido nie encik hubby??Maybe mengantuk sangat plus letih pulak tu kan sebab tiba-tiba Puan Isteri ajak keluar..Tu pasal lah terjadi kes tidur dalam panggung wayang..Kesian dia..Lepas kitorang dah bis nonton wayang jam pun dah pukul 7lebih..Dah masuk waktu Maghrib dah pun,so kitorang pergi menunaikan yang wajib dulu kemudian terus kitorang cari makan untuk isi perut yang dah berkeroncong sedari tadi..Kitorang makan-makan di Key's Char Koay Teow Seberang Jaya..Gendang-gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati...Alhamdulillah..bila perut dah kenyang,kitorang pun pulang lah dengan hati yang gembira! ![]() Dah macam cerita komik "Hikayat Pedang Setiawan" dah cerita nie..Best tapi ending dia je buat kitorang tak puas hati..Grrrrrrrr.. Aaron Kwok Si Hero sejati..Hihi.. Photo Source: Encik Gugel Key's Char Koay Teow..Sedaaaapppp.. Satay & Yong Tau Foo pun ada.. Labels: XTVT's, XTVT's The Storm Warriors Movie Char Koay Teow 12 comments »
Friday, December 18, 2009
/ -4:56:00 PM
Bercita2 Mahu Menjadi Jutawan Internet?Baca Ini!Assalamu'alaikum.. Saya ingin bertanya kepada anda semua adakah anda selalu berasa bosan apabila kekurangan wang setiap masa? Adakah anda mengimpikan sebuah rumah idaman ataupun sebuah kereta besar yg mewah?Jika jawapan anda adalah 'YA' mengapa anda tidak pernah mencuba untuk mengambil peluang yang ada untuk 'buat duit' lebih melalui internet?!Percaya atau tidak dengan hanya berbekalkan modal kurang daripada RM200 anda mampu membuka bisnes di dalam 'talian' sendiri dgn begitu mudah!Internet sebagai medium dua hala juga bukan hanya sebagai tempat untuk berhibur semata-mata tetapi merupakan tempat untuk anda mendapatkan 'income' lumayan melalui bisnes online tanpa anda perlu bersusah payah ke tempat kerja meredah kesesakan jalanraya setiap hari..Ini bukan sekadar mitos tetapi adalah realiti! Anda pernah mendengar, tahu atau kenal dengan Dr Irfan Khairi?Saya tidak percaya jika anda sebagai pengguna internet/blogger tegar di Malaysia mengatakan bahawa anda tidak pernah mendengar akan nama Dr Irfan Khairi..Ini kerana beliau adalah merupakan seorang 'Jutawan Internet' yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia.. Dr Irfan Khairi Beliau adalah anak kelahiran Ipoh,Perak yang sangat humble & very down to earth..Dr Irfan Khairi merupakan seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Designer dari Universiti Staffordshire, United Kingdom..Terlebih dahulu memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Ekonomi..(tetapi beralih arah ke bidang Multimedia kerana tidak mempunyai minat)..Dr Irfan pernah bekerja di sebuah syarikat besar di U.K sebagai Consultant and Multimedia System Designer..Beliau mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet seawal usia beliau 25tahun selepas tamat pengajian dengan mencipta/menjual produk serta perkhidmatan tanpa kedai melalui internet sahaja! Daripada mencuba nasib di dalam perniagaan internet secara sambilan,beliau memperoleh kepuasan daripada jumlah pendapatan yang dijana melebihi jumlah gaji beliau bekerja di pejabat..Lantas Dr Irfan mengambil keputusan untuk membuka bisnis online sendiri.. Sehingga kini beliau telah mampu menjana pendapatan harian sebanyak RM2,000 ke atas setiap hari serta memperolehi pendapatan RM1juta dalam masa 3tahun sahaja..Dr Irfan mempunyai 5 buah laman web antaranya rahsiainternet.com,ideabubble.com dan slash.com.my..Beliau juga memiliki Program Radio & TV sendiri sebagai saluran untuk beliau memberikan ceramah tentang perniagaan internet & motivasi kepada orang ramai..Sekarang beliau giat menganjurkan Worksyop Jutawan Internet serta menganjurkan seminar untuk individu yg berminat menceburi bisnes online..Dr. Irfan juga telah berkongsi rahsia jutawan internet berjaya dgn menulis buku "Rahsia Internet.com- Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar".. Bukan mudah bagi Dr Irfan Khairi untuk berjaya sehingga ke tahap ini kerana beliau terpaksa melalui fasa kegagalan terlebih dahulu sebelum mencapai kedudukan selesa seperti sekarang..Pada tahun pertama Dr Irfan memulakan bisnes online,beliau sekadar mendapat 3 orang pelanggan sahaja!Namun begitu sebagai seorang yang sentiasa ingin maju & berjaya,beliau tidak berputus-asa dengan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.. Untuk pengetahuan anda, Dr Irfan Khairi tidak pernah memiliki walau sebuah pun kereta mewah,malahan cara pemakaian beliau juga hanya seperti orang biasa2!(mungkin ini ciri-ciri orang biasa yang bertindak dengan gaya luar biasa untuk menjadi seorang 'millionaire' terkemuka yang berjaya)Sebaliknya,wang & pendapatan yang diperolehi hanya digunakan lebih kepada mendapatkan rawatan terbaik apabila sakit & memberikan pendidikan terbaik utk anak2 kata suami kepada seorang isteri & ayh kepada seorang cahayamata ini..Sememangnya beliau layak dikagumi & dijadikan idola bagi saya & anda semua yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan internet seperti beliau.. Untuk mencapai matlamat seorang jutawan internet yang berjaya ciri-ciri yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah: 1.Berfikiran positif 2.Optimistik 3. Keyakinan diri 4.Bijak mengatur strategi perniagaan 5.Tidak mudah berputus asa Jangan lupa menetapkan 'goal & target' anda untuk berjaya di dalam perniaagan secara 'online' ini..Cita-cita,matlamat & usaha berterusan amat lah diperlukan disamping memperbaiki dan memajukan diri setiap masa..SEMOGA BERJAYA!! Gambar Dr Irfan Khairi sewaktu zaman beliau masih student mungkin..Beliau juga merupakan salah seorang daripada peminat muzik rock.. :) Photo Source: rindok.com p/s: TERIMA KASIH FCU COMMUNITY KERANA MEMBERI 'TASK' YANG SUNGGUH MENCABAR INI NAMUN MELALUINYA SAYA MEMPEROLEH BANYAK PENGETAHUAN SERTA DAPAT MEMOTIVASIKAN DIRI SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA :) Labels: Contest, Jutawan Internet Dr Irfan Khairi Contest FCU Online Business 31 comments »
Thursday, December 17, 2009
/ -9:00:00 PM
Salam Ma'al Hijrah 1431HSalam.. Do'a Akhir Tahun Do'a Awal Tahun "Sesungguhnya Allah telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram..Tidak lah terdapat bulan yang lebih MULIA di dalamtakwim Islam di sisi Allah itu selepas bulan Ramadhan melainkan Bulan MUHARRAM" SALAM MAAL HIJRAH 1431H BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN.. :) "YA,ALLAH YA TUHAN KU..KAU BERIKANLAH KAMI KEKUATAN,KETABAHAN, KESABARAN SERTA KETEGUHAN IMAN DI HATI MASING-MASING DI DALAM MENEMPUHI DENAI PERJALANAN KEHIDUPAN DI SEPANJANG TAHUN INI.. PANDUI LAH HATI-HATI KAMI KE JALAN YANG LURUS DI SAAT HATI-HATI INI TERGELINCIR DARI LANDASANNYA..DAN YA,ALLAH BANTULAH KAMI DI ATAS SEGALA USAHA KAMI DI DALAM MEMPERBAIKI SETIAP KELEMAHAN YANG ADA PADA DIRI-DIRI KAMI INI DALAM MENUJU PUNCAK MARDHATILLAH.."AMIN.. Labels: 1431 Hijriyyah, Special Day 13 comments »
/ -2:03:00 PM
Million Thanks!Asslamu'alaikum.. :) Dah lunch ke belum?Hihi..Just nak inform kepada kawan-kawan yang baik-baik semua dekat sini yang banyak memberikan komen,berkongsi idea,pandangan dan lain-lain lagi pada entry saya "Bantu Saya Ubah Blog Saya" dan juga entry-entry lain yang termasuk dalam Cabaran Level Master..Di akhir cabaran nanti sebagai menghargai segala komen & jasa baik anda,saya akan memasukkan nama & link rakan-rakan yang telah memberikan komen-komen bernas & ikhlas tersebut ke dalam Kepada yang belum memberikan komen, kawan-kawan masih boleh berbuat demikian sebelum 17 hb 11:59minit malam ini..Sebelum tu kepada kawan-kawan yang telah & akan memberikan komen-komen bernas anda,terima lah 'sejambak bunga' daripada saya (^.^) : Labels: Million Thanks Kawan-Kawan Baik Hati, Special N3 17 comments »
Wednesday, December 16, 2009
/ -3:12:00 AM
Princess Kebaya ContestSyarat-syarat"Princess Kebaya Contest"oleh Miss Wawa: 1. Contest ni terbuka kepada semua bloggers (Yup!Saya seorang blogger..Jadi saya buley joiiinnn..) 2. Dengan sukahati jadi follower wawa and add link blog wawa dalam bloglist korang (Sudah Miss Wawa!) 3. Mesti letak banner contest di side bar blog korang, jangan lupa di link kan dengan link contest ni.(Checked!) 4. + 1 lagi syarat, peserta contest ni mesti berumur 17 tahun dan ke atas. (Usia sudah senja..) 5. Sila upload SEKEPING SAHAJA gambar korang (gambar individu). Gambar lama pun boleh...Gambar tu tak kisah la korang nak pakai kebaya labuh ke, kebaya pendek ke, kebaya moden ke, kebaya nyonya ke, kebaya pahang ke, kebaya Indonesia ke…..apa-apa aje asalkan namanye kebaya…. (Kebaya Moden pilihan saya!) 6. Pastu, story mory sikit pasal gambar tu & mention jenis kebaya yang korang gayakan. (Siap!Di bawah,Miss!) 7. Entry tu mestilah guna tajuk ni “PRINCESS KEBAYA CONTEST” "Pemenang akan dinilai oleh pihak juri yang terlibat dari segi KEANGGUNAN dan KESOPANAN korang dalam menggayakan kebaya. So….posing la cam mana pun :)….tapi, gambar kebaya kawin korang yg dah sedia vogue de vass tu disqualified tau",tegas Miss Wawa lagi.. 4 PEMENANG TERBAIK AKAN MENERIMA HADIAH MISTERI DARI MISS WAWA Tarikh Akhir Penyertaan : 17.12.2009 (JAM 12.15 TENGAHARI) . . . . . . . . Tadaaaaa! . . EHHH..EHH..SALAH!INI NENEK KEBAYA DEKAT TV3 TU! (Gambar ihsan gugel) (Sekali lagi) Tadaaaaaaa! . . . . . . . . Kikiki..Nie baru gambar saya berkebaya moden yang betul.. Sori ye Miss Wawa..men-men jea pix Nenek Kebaya tu.. Photographer: My beloved hubby Location: Tepi tingkap depan rumah Time: Selepas Zuhur sebelum Asar Date: If I'm not mistaken,pix di ambil dalam bulan Mei 2009 Waktu nie,me dengan my hubby nak ke rumah MIL ( Mother in Law ) di Kulim.. Kira cuaca agak panas jugak waktu nie..Sian my hubby sampai sweaty giler la dia coz kena paksa jadi photographer tak bertauliah di tengah-tengah panas hari tu.. (Hihi..sori Encik Hubby..tapi Encik Hubby tak kesah,kan..I lebiu..Nanti leh minta tolong Encik Hubby snap pix lagi yea! ![]() p/s: Thanks for reviewing my blog,Miss Wawa.. +++SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SAMADA PENDAPAT,KOMEN,PANDANGAN ATAU KRITIKAN PADA ENTRY "BaNtU SaYa UBaH BLoG SaYa" SEPERTI DI BAWAH+++ +++TERIMA KASIH!+++ Labels: Contest, Princess Kebaya Contest 20 comments »
Tuesday, December 15, 2009
/ -9:28:00 PM
Bantu Saya Ubah Blog SayaSalam.. Arakian tersebut lah kisah akan sejarah tertubuhnya blog 'Ieda Si Pu3 Pelangi' Okey,kalau kawan-kawan semua check blog saya nie agak-agak lah kan blog saya nie berkonsep apa,ye?Pada saya,konsep Blog nie ala-ala Bubur Caca sikit..Tau tak Bubur Caca?Tak tau?Meh saya bagitau..Alaa..Bubur yang isi dia tu ada bermacam2 kaler Rasanya memang ramai kawan-kawan blogger yang rapat pun tau kan yang saya ada hobi Jadi susunan widget hanya disebelah kanan sidebar..Contohnya untuk ruangan yang kerap digunakan di Blog saya iaitu shoutmix/'rant' selain daripada ruangan 'pengikut/follower'..Jika kawan-kawan yang mau ikuti blog nie boleh follow melalui follower button(selain reading-list di dashboard anda) pada hujung nun on the bottom left sidebar..Jadi jika di lihat pada sidebar sebelah kanan ada list my blogging buddies e.t.c & bila scroll ke bawah pula kawan-kawan boleh nampak FCU Banner,Blog Malaysia banner,Contest banner,profile tuan tanah,award & lain-lain lagi.. Widget!Ramai blogger termasuk lah saya juga gemar memasukkan widget untuk tujuan mencantikan lagi blog masing-masing,bukan..Pada pendapat saya widget-widget ini mungkin kadangkala akan mendatangkan beban pada blog..Blog akan menjadi berat & loading process akan jadi terlalu perlahan..Sekarang berat blog saya lebih kurang 162.32 KB..Memang obes dah tu..Rasanya memang akan ada lah widget-widget Setiap orang punya perancangan masa depan..Saya juga punya perancangan yang sama especially dalam dunia blogging..Saya mahu terus berblogging sambil menjalin persahabatan dengan kawan-kawan & mungkin juga suatu hari nanti blog ini akan menjadi sebuah online shop yang akan menjual produk-produk2 menarik..InsyaAllah.. tentang apa sahaja melalui blog saya..Jadi saya perlukan kawan-kawan blogger/pengunjung ke blog saya untuk berkongsi bicara bersama-sama serta memeriahkan lagi blog saya ini..(bukan buatkan blog jadi huru-hara ye..)..Mungkin dengan adanya Contest Level Master sekaligus dapat membantu saya & kawan-kawan blogger yang lain menambah kenalan selain meningkatkan trafik blog masing-masing..InsyaAllah..Amin..Amin.. +++SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SAMADA PENDAPAT,KOMEN,PANDANGAN ATAU KRITIKAN +++SEKIAN,TERIMA KASIH!+++ 2 SOALAN CEPUEMAS UTK ANDA: p/s: Adakah ayat-ayat2 yang saya guna pakai di dalam blog saya terlalu 'skema'? p/s: Sesuaikah saya menggunakan gantinama 'aku' ataupun 'ieda' bagi menggantikan gantinama 'saya' di dalam setiap post?Adakah 'aku'/'ieda' lebih sesuai daripada gantinama 'saya'? !SORIIIII..KALAU ANDA TERPENING MEMBACA 'KARANGAN' SAYA INI.. HARI NIE SANGAT HECTIC..SAYA BERLARI KESANA KE SINI DEMI MENYETELKAN KERJA-KERJA DI PEJABAT & DI RUMAH..ENTRY INI JUGA HASIL DARIPADA FIKIRAN SAYA YANG DAH LETIH & BERSERABUT..! SOO..SORRY,KAWAN!Labels: Contest, Contest FCU Community Level Master Trafik Timbang Berat Ubah Blog Komen 26 comments »
Sunday, December 13, 2009
/ -3:44:00 AM
Teknik Trafik Level Master KamiBlogger ( Task ke-2 )Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah..selesai tugasan pertama saya untuk Cabaran Level Master Kami Blogger - Level 1..Lepas cobaan pertama..Cobaan ke-2,ke-3 & ke-4 pula menanti..1st of all..JUTAAN TERIMA KASIH setulus hati kepada teman-teman blogger yang sudi meringankan jari-jemari memberikan komen ikhlas mereka dengan kata-kata semangat & sokongan kepada saya untuk Cabaran Level Master Kami Blogger Level 1 pada 10 - 12 Dis 2009 yang lalu & terima lah serangkap pantun dari hamba,ahakk.."Pulau Pandan Jauh Ke Tengah, Gunung Daik Bercabang 3,Hancur Badan Di Kandung Tanah,Budi yang Baik Ku Kenang Jua"..InsyaAllah.. Mungkin ada daripada sesetengah rakan blogger saya yang agak 'keliru' apa yang mereka perlu lakukan untuk Ohh..tapi adalah tidak pula mudah bagi saya untuk melaksanakan task/tugasan ini..Oleh kerana itu lah saya memerlukan bantuan Sejujurnya tiada teknik-teknik lain yang saya aplikasikan untuk memohon Akhir kata dari saya, semoga sokongan dari kalian semua akan berterusan sehingga lah tamat nya ![]() +++JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH,INI YA.. BEFORE 14th DECEMBER 2009; 00:00 MIDNITE.. THANKS,YA!L.O.V.E.U.A.L.L!+++ p/s: Alamak..kawan2 Admin FCU bgtahu hanya 1 komen saja untuk seorang pengkomen.. :( Yang dah komen banyak kali tu tak apa.. Saya tetap hargai..Rumbe Nandri/Syukran/Toche/Thank You/Terima Kasih! Sambil komen meh kita layan lagu nie.. Fireflies by owl City..Besttt.. (^-^) Labels: Contest, Contest Cabaran Level Master 2009 (FCU Community) Level 2 41 comments »
Wednesday, December 9, 2009
/ -11:20:00 PM
Cabaran Level Master 2009 (FCU Community)FCU Community sekali lagi menganjurkan contest besar2an iaitu 'Cabaran Level Master' selepas 'Blog Hunter Contest' yang telah pun berakhir pada June 2009 yang lalu..Pada cabaran yang lepas,contest yang dijalankan benar2 menguji minda & kesabaran para peserta dalam mencari jawapan bagi 200lebih soalan yang telah disediakan untuk contest tersebut & saya hanya berjaya menduduki tempat ke-10 daripada senarai top 20..Adakah untuk contest kali ini saya mampu menduduki tangga teratas untuk 'Cabaran Level Master'?Mampukah saya memenangi cabaran hebat ini? Hanya ANDA yang mampu menentukannya! Apa yang anda perlu lakukan adalah VOTE & BERIKAN SOKONGAN ANDA kepada saya..Semoga dengan VOTE & SOKONGAN daripada rakan2 blogger dapat membantu saya mencapai Level Master tertinggi untuk contest 'Cabaran Level Master' ini..Semoga Tuhan merahmati kalian semua..Amin.. THANK YOU VERY MUCH! \(^.^)/ p/s: U r my 'lucky-charm'! Labels: Contest, Contest Cabaran Level Master 2009 (FCU Community 22 comments |
MusicBox Nuffnang Recents Flashbacks August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 Loves ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana |