Disclaimer IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS Tinta Bicara Hati My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!! Profile Small Town, Malaysia. Obsessed with TV Shows, Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags. as long as stars twinkle in the sky.. 'till the oceans run dry & 'til the day I die..InsyaAllah.." XOXO Lady E. My Shining Stars Tagbox |
BlogEntries »
Wednesday, October 28, 2009
/ -2:24:00 PM
Dahsyat Si Kecik Nie..Assalamu'alaikum.. Dahsyat!!Maaacam,tak percaya budak sekecik nie berusia 5tahun,badan dah berketak2 macam body builder!Siap dah termasuk dalam list Guinness Book of World Records lagi tu nama Si Badan Berketak Giuliano Stroe nie..Video yang dirakamkan diatas pun tengah popular dekat YouTube..Tengok la aksi dia berdiri dengan tangan ke bawah kaki ke atas tu..Sambil kepit bola dengan kaki bergerak sejauh 10meter,nama Giuliano berjaya tersenarai dalam Guiness Book dan Giuliano merupakan seorang budak kecil yang paling kuat setakat nie..Macamana ekk..buleh ke segala tisu2,hormon2 dalam badan Giuliano nie terima keaadaan perubahan badan dia daripada tanpa ketak sampai la berketak-ketak!? Labels: Amazing, Giuliano Stroe 6 Abs Strongest Child 11 comments »
Friday, October 23, 2009
/ -4:30:00 PM
Gabra habis gara-gara...(Sila klik pada gambar utk paparan yang lebih jelas) Salam semua! Blogger.com memang betol2 buat saya gabra habis lah hari nie!! bx-5eka1d Error Codes tetiba kuar!Blog tak boleh view!Dah lah 2hari tak jenguk Blog tup-tup pulak jadi macam nie.. Jenuh fikir, apa lah pulak salah yang saya dah buat kali nie sampai kuar error2 sume..Rupanya bukan saya sorang yang faced the bx-error codes problems nie tapi ramai lagi!Cuba tengok kat atas tu..Ada tak sape2 lagi kat sini yang alami masalah yang sama??Maybe sebab blogger.com tengah having maintenance kan,tadi..Dat's why terkeluar 'bx' error tu..Sekarang dah okey! Syukur Alhamdulillah..! Labels: Blogspot Technical Probs, Eror Codes bx-5eka1d 12 comments »
Tuesday, October 20, 2009
/ -6:21:00 PM
Something New the Red one that really 'Caught My Eyes'!Assalamu'alaikum.. Something new, the red one that really 'caught my eyes'!! We play,they pay! :) Advertiser terbaru 'Catcheye Malaysia'! I found this Advertiser while do blogwalking at Miss Dahlia's Blog..Anda sign-up & dengan sekelip mata,RM1.00 akan terus dimasukkan ke dalam akaun catcheyes anda!!Anda tak percaya?!BY JUST VIEWING THEIR ADS (DI BLOG2 YANG MEMPAMERKAN ADS FROM CATCHEYE MALAYSIA) THEN THEY'LL GIVE U A REWARDS..Catcheye Advertiser will be launch on 25th of Oct 2009..Jom join catcheye sekarang dengan hanya KLIK DISINI! Footnote: Hihi..Nie bukan iklan sabun sygku semua,nie macam iklan nuffnang jugak lebih kurang..Kalo nak faham lagi anda boleh klik pada tempat yang saya suh klik tu.. :) Thank U.. Labels: Catcheye Advertiser, Rewards Catcheye Malaysia Advertiser 11 comments »
/ -3:24:00 AM
Papadom & Suara Kekasih Memanggil2kuAssalamu'alaikum.. Mata terkebil2 tengok Laptop pun mata dah naik juling..Petang tadi tido saja kejanya..Malam pun tido lagi,tengah2 malam baru bangun jadi Burung Hantu..Fikir yesterday or siang tadi nak post entry & blogwalking tapi mata dah tak larat nak ngadap Laptop.. Pssstt..nak cerita siket..On Sunday saya & my bff pergi jumpa Papa Dom di Sunway Carnival Mall sana & then Papa Dom ajak kitorang makan Papadom dekat gerai Nasi Kandar Saadom..Hihi..Sambil dengar cerita dari Papa Dom kitorang kunyah Papadom! ;} Starting Papadom saja semua dalam teater dah terbahak2..Ada juga part kalut,sedih & yang penting part lawak tu memang ada yang sampai ketawa jerit2..Heheh.. Intro Papadom jeh dah nyanyi lagu Negaraku..Seb bek saya dalam teater tak bangun menyanyi skali!Hadoiii..En Afdlin,En Afdlin..anda memang Raja Lawak!Paling sempoii..tang penutup Boria Pulau Pinang pun kena angkut sekali bawak masuk dalam Papadom..5 star saya bagi untuk ''Gerai Nasi Kandar Saadom' sebab 'Papadom'nya memang sedapp!!(Sangat enjoyy..tengok Papadom!!) While kitorang tengah menunggu Papadom start, En Simon nie sempat amek gambar kitorang.. Ehhh..tak,tak..!Kitorang yg sempat amek gambar die.. (Ini hanya papan iklan,jangan terpedaya..) Sini wajib pergi! Sambil2 duduk atas batu tu,tiba2 teringat lagu nie.. Suara Kekasih Hadiran ombak membelai pantai Tiada putusnya percintaan itu Hembusnya bayangmu menyejukkan Tapi tiada terhenti dahaga Kerinduan suara kekasih Membelai hatiku Suara kekasih Membasuh lukaku Tibanya sinar bulan di laut Dengan ribuan alunan kemesraan Membawa kenangan yang berlalu Dengan ribuan warna keemasan Suara kekasih Membelai jiwaku Suara kekasih Yang menyejukkan ku Terdengar suaramu yang suci Pabila terkejut dari mimpi Ku manyakinkan suara itu Memanggil daku dengan harapan Tapi sayangnya alunan ombak Yang memecah diri sangkaku Suara kekasih Yang memanggil daku Suara kekasih Di malam yang indah... Wassalam.. Labels: Filem Papadom Pantai Bagan Ajam Suara Kekasih, Film Review 11 comments »
Sunday, October 18, 2009
/ -2:20:00 AM
Boleh Ajar Saya Makan Sushi???? (Dipersembahkan untuk Baiti..Dari Ramadhan bawa ke Aidilfitri sampai lah ke Deepavali baru langsai hutang Tag antara Ieda dengan Baiti..Alhamdulillah..To Baiti,ada kata2 terakhir sikit di akhir entry nie..) Nama timangan: Ieda!Tp paling gempak nama timangan dak junior di Kolej dulu penah panggil saya'Mak'!?Gilos dowh..sampai pegi ke kedai pun dorg called me 'Mom'!Aduiii..blm lagi naik pelamin waktu tu,apatah lagi menimang bebi dorg da panggil saya Mak?!Saya tanya dorg,knp panggil saya Mak!??Dorang cakap(dorang cakap,okey..)sbb saya caring kt dorang cam Mak2 dorang..Atoiii..haila..sejuk tol perut Ibu mengandungkan dorang nie..hormat tol org tua pai panggil saya Mak.. :} Anda seorang yang: Tidak suka mengumpat-keji org lain(even org lain mengumpat keji saya), Banyak berfikir(tentang segala hal), Agak penyabar(dun make my blood go upstairs sudahh..), Boleh menyimpan rahsia(biar pecah di perut jgn pecah dimulut!) A good listerner dan lain2 anda fikirlah sendiri..Hihi.. Lagu kesukaan: Too many to list down here..Asal telinga buley terima..saya layan je.. Movie terbest: 'Crazy Beautiful'-Kirsten Dunst & Jay Hernandez (Paling bnyk kali men dkt my DVD player sampai CD calar balar.. Dkt TV penah men 2x pun tengok jgk..)Suka tengok dorang yang sngt cute & fun! Still boleh ingat ayat2 lam Movie nie.. Carlos say: U r crazy..Nicole replied:..and you're beautiful.. Carlos say:..and those dimples..Nicole:I drew them myself.. Yang paling best diz quotes-There are millions of people in this world, but in the end it all comes down to one..I still panic sometimes,forget to breathe but I know that there's something beautiful in my imperfections; the beauty that he held up for me to see. The strength that I will never be able to say.. ![]() Crazy Beautiful Makanan kesukaan anda: All Malay Food,Western Food,Fast Food..Haha.. Ahhh,what!?Sushi??Ohh..no..no..Sorry for Miss 'Sushi'coz tekak saya x boleh accept mende sushi mushi nie..(Baiti..tolong ajar saya makan Sushi boleh???) Minuman kegemaran anda: Iced Milo,Neslo..Apollo..!? Sikap yg membuatkan anda stress: Bila deal ngan org yg salu bercakap kuar api ikut mulut n telinga..Memang buat saya jadi stress sampai tulang hitam! Pe la sket2 nak marah,sket2 nak marah.. Marah tu kan merosakkan!Hishh..x faham! Cuba la bwk2 bersabar sket..Lagi stress bila masalah dtg kelepuk2 bertimpa2 tas kepala..(Waktu nie mesti akan cari Buku 'Penenang Jiwa' dengan 'La' Tahzan'kat tas rak tu..) Benda yg mesti ada dlm beg: Brg2 nk 'draw'(di muka..Hihi..),Handphone, Sweets,Mini Notepad,Pen,Camera.. Warna kesukaan anda: Brown,Blue,Pink,White Kali terakhir anda menangis dan mengapa? Last night tengok Nur Kasih dkt TV3..Menitik2 airmata nie,bila tengok seorang isteri sanggup berkorban hati & perasaan dengan hidup berpoligami/ta’addud.. Mulia sungguh hati dia..Kalo di luar pun ada wanita yg sebegini memang harus saya salute..Last night jugak pkl 3pagi tengok cerita 'Bolt'..Best sampai nangis2.. Fikir cerita nie tak best sudah nya terperam DVD dalam laci.. Semalam baru terasa nak tengok..Best rupanya..rasa rugi la simpan lama2 tak tengok! ![]() Tag 6 rakan blog: Sis Nza (Thanks Baiti but sorry sangat coz lambat giler bayar hutang Tag nie dekat Baiti..Tapi kalo hutang duit jangan risau,hari nie pinjam esok da bayar..kalo tak,kompem tak lena tidur!) Labels: Tagged Cards n Awards 18 comments »
Friday, October 16, 2009
/ -11:45:00 PM
DeepavaliHari Diwali a.k.a Deeepavali akan disambut oleh penganut Hindu seluruh dunia pada hari esok..Talking about Hari Deepavali, saya teringat bila tiap kali Deepavali waktu zaman mudo2 di Kolej dulu ada sorang classmates pempuan India nie nama die Vanitta,rajen bawa juadah Hari Raya die untuk kasi dekat member 1 kelas..Ada Laddu,ada Marukku & segala macam kuih tradisional dorang yang penuh dengan perisa cili,susu & gula!Tapi sedap jugak,saya suka..& after grad saya bekerja di salah sebuah Hospital Swasta di Penang jugak(Aeppp..tapi bukan sebagai Cik Misi tau tapi bekerja sebagai clerk di finance dept..)& saya ada ramai lagi kawan2 Indian,Chinese,Serani,Sikh bla..bla..kaum kat situ..(Sangat variety,kn!Hihi..)One of my officemates nama die Shabina Shamim..She is a Muslim,sangat lawa lah sebab mix blood kan dia nie..Her great,great grandpa berasal dari Hyderabad,Pakistan..Dia nie penah kasi saya rasa manisan makanan tradisi org India yang berbentuk segiempat diperbuat daripada susu..Woiiihhh..manis gilos dowh..Seyes,memang super manis..tapi super sedap!Saya jatoh chenta dengan manisan tu..Tapi sekarang dah lama tak merasa ke'manisan'tersebut..Shabina told me dat di sebelah seberang,cross the Penang Bridge ada 1 kedai jual manisan tu tapi tatau lak di mana lokasinya.. :( Okey..kat bawah nie ada la gambar Manisan Barfi & besempena Deepavali sok,saya ada kurek2 siket cerita tentang Deepavali..Dapat la juga tambah pengetahuan..Kan! :) PESTA CAHAYA India's Festival of Lites dikenali sebagai Diwali('rows of lighted lamps')/Deepavali iaitu Pesta Cahaya..Disambut selama 5 hari pada akhir bulan'Ashwin' & awal bulan'Kartika'dalam Kalendar Lunar Hindu..Dalam Kalendar Gregorian pula Hari Deepavali akan jatuh pd bulan Oktober atau November.. Diraikan juga oleh Jainism, Buddhism and Sikkhism.. Pesta Diwali adalah simbolik bagi penganutnya untuk berubah daripada kegelapan kpd cahaya yang menuntut penganutnya melakukan amalan baik sesama manusia & agar lebih dekat pd Tuhan mereka.. KOLAM A colorful sketch of India are normally called Kolam/Rangoli (sebutan'Kohlam')diperbuat daripada tepung Beras & colored sand atau flower digunakan utk menghasilkan Kolam yg berwarna-warni..Tetapi pada zaman skrg ada yg menggunakan serpihan2 batu kecil yg memang ada dijual secara kormesil & juga menggunakan cat utk Kolam lebih tahan lama..Dibuat oleh kaum wanita dlm setiap keluarga India apabila tibanya Deepavali.. Kolam adalah merupakan painted prayer bg org India..Merupakan satu garisan grid bertitik kemudian bersambung2 yg berbentuk curves around dengan pelbagai corak cantik dihasilkan dgn kreativiti masing2..Bagi kepercayaan penganut Hindu,Kolam dibuat supaya setiap isi rumah yg menghasilkan Kolam akan dilimpahi rezeki pada tahun tersebut.. MANISAN & MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA Selain daripada Marukku yg popular menjadi mknan org India sewaktu menyambut Diwali ada juga manisan iaitu Laddu,Halva,Mathirasam,Mithai & Barfi yg diantaranya dibuat daripada Susu & Gula yg sangat5x manis! Ini Laddu (Manis,manyak manis!) Ini 'Barfi'..(Manyak Susu,sangat manis juga!(Dalam slang Mamak jual Roti Canai..Hihihi..) Labels: Deepavali, Special Day 18 comments »
/ -4:23:00 AM
Stephen Gately (R.I.P)Last 2 days saya ada tengok channel [V] on Astro,banyak lah Music Video yg selalu dorang mainkan dkt channel [V] sana..Normally dorang mainkan randomize Music Video,tapi that day dorang mainkan straight je Music Video dari boyband Boyzone..I was..knp nie???Mcm pelik je channel [V] hari nie!? Daripada lagu No Matter What till lagu Picture of U..Rupa2nya yesterday saya surf net ada news cakap Stephen Gately has died on 10 Oct 2009..Agak cute his face tapi sorry..die dah kawen,'pasangan' die Andrew Cowles & they're g*y.. :( Mesti ada yang tau kan group Boyzone..Nie antara Video Clip yang dorang penah nyanyi & rakamkan bersama..The song tittle is 'Words'.. **Petikan daripada salah satu website Boyzone, "On Tuesday , Stephen's body was released by Spanish authorities following an autopsy that confirmed Stephen had died from natural causes. He is now lying in a chapel of rest in a small village in the hills of Majorca whilst repatriation formalities continue. Ronan, Keith, Mikey & Shane visited Stephen's parents in Dublin on Tuesday to pay their respects and confirm the family's final wishes for Stephen. The Boyz plan to return to Majorca on Friday to bring their brother back home to Dublin". Labels: Celebrity News, Celebrity News Stephen Gately R.I.P 8 comments »
Wednesday, October 14, 2009
/ -1:18:00 AM
Desktop Deco!Salam..Halluuu..Blogging in the middle of the night! Macam tader kerja pula saya pergi decorate desktop lappy nie tadi.. Actually, dah lama nak deco tapi tak tercapai hajat sebab pergi menyibukkan diri dengan kerja lain..So, malam tadi baru tercapai hasrat terpendam..Ummm..saya letak Win Sidebar dekat desktop,ObjectDock Icons Image & Wallpaper saya tukar..Saya dapat inspirasi daripada website..[sila klik sini]..Amacam,okey tak!? :) Footnote: Sila click image diatas untuk lihat dengan lebih jelas.. Tapiii..Allahhuakbar!!Terlupa pulak tadi saya nak print screen gambar sebelum Desktop bertukar wajah..Aduiii..camane la buleh lupa nie!Okey..Desktop sebelum nie no sidebar, shortcut icons pula berselerak dekat desktop tu & desktop b/ground gambar pelangi.. :) 9 comments »
Monday, October 12, 2009
/ -2:20:00 PM
Movie,Shashah,Buku & Pantai..Assalamu'alaikum..Happy Monday!Lets killed the Monday Blues by imagined as if today is Friday!Hehe..Saya nak cerita pasal semalam yang sangat serunuk..Enjoy,sangat!Tapi tiba2 terasa jantung bagai disentap,beberapa kali!Semua gara-gara ini.. Memang betul2 buat saya terkujat2 bagai direnjat!Menakutkan betul this Movie..! Sama je macam cerita Halloween!Saya pegi tengok Movie Sorority Row dekat theatre di Sunway Carnival Mall dengan my bff Shashah coz nak ajak hubby tapi hubby pun tak ade,die outstation ke Kuantan..Mula2 nak tengok Surrogates pukul 3:50ptg sebab minat ngan Bruce Willis tapi tak jadi sebab teruja pulak nak nengok Sorority Row yang kebetulan jugak anak Bruce Willis,Rumer pun berlakon sebagai Ellie dalam Movie nie..Kalau tak silap,kiranya nie penampilan kedua Rumer sebagai pelakon..Not bad..okey la juga dia acting.. Lepas tersentap2 jantung dalam theatre tu kitorang cuba menstabilkan semula sistem pernafasan kitorang yang tercungap2 tadi nie & meredakan tekanan darah dalam jantung dengan pergi mengambil angin di tepi pantai! :) Tapi sebelum keluar dari Sunway Carnival Mall tu saya sempat beli 1 Novel & 1 Buku nie! Nie ade la beberapa keping gambar dekat pantai yang sempat di snap sebelum Bateri Hp pun 'kong'..!Camera tak bawa sebab terlupa nak charge bateri.. :( (Kitorang frenz since form 1-3 dalam kelas Arab dulu sampai lah ke form 4-5 kelas ekonomi & till now pun masi lagi berkawan..Sayang bangat ngan dia nie coz dia sangat baik & yang penting boleh menyimpan rahsia saya dengan baik.. :) 13 comments »
Saturday, October 10, 2009
/ -4:08:00 AM
Gelak2..Geleng2..Citer 1 Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah.. Citer 2 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu. budak : derma ape bang? lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan? budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. lelaki : ????? Citer 3 Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ........... Citer 4 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! Citer 5 Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. Citer 6 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ???????? Citer 7 Orang Asli Dan Polis orang asli : selamat pagi tuan polis : selamat pagi polis : apa hal orang asli : saya nak buat repot tuan polis : fasal apa tu orang asli : kawan saya di baham harimau polis : pukul berapa orang asli : dia tak pukul, terkam polis : habis? orang asli : tak habis, tinggal kepala Citer 8 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang. Citer 9 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing... Citer 10 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?". "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" Citer 11 Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya... Labels: Just Wanna Make U Smile 8 comments »
Thursday, October 8, 2009
/ -3:30:00 PM
Durian Kura2!? Assalamu'alaikum.. Ramai orang suka makan Durian tapiii..ada jugak yang tak boleh makan Durian sebabnya tak tahan dengan bau Cik Durian yang mengancam..bau yang boleh buat sesetengah orang dapat Migrain secara tiba2..!Bila tiba musim 'Durian runtuh' sampai di tepi2 jalan pun boleh dapat Lulien mulah,mulahh..(Durian murah)Ada Durian Siam,Durian Kawen & macam2 jenis Durian lagi..Macam dekat depan rumah saya ada 2batang Pokok Durian Kawen arwah Atuk tanam,yang mana isinya sangat lah mabeless..!& kalau dah nama pun Pokok Durian tentu2 lah berbuah nya diatas pokok/dahan nye,kan..!Tapi..b4 dat saya nak tanya,anda penah dengar tak Pokok Durian Kura2?Haihhh..saya tak pernah dengar pun nama Durian Kura2,nie lah nye baru 1st time dengar ada Durian yang dipanggil 'Durian Kura2'.. Pokok Durian nie memang pelik siket pesen berbuah nya..!Buahnya keluar dari die punye root/batang Pokok Durian Kura2 nie tadi..Kalau tak percaya,jum tengok gambar2 di bawah! Pelik..Tapi semuanya kuasa Allah,kan.. :) Jadi,tak mustahil Pokok Durian nie berbuahnya di batang!Humm..kan senang kalau semua Pokok Durian berbuah macam nie.. :) ![]() Labels: Amazing 12 comments »
Tuesday, October 6, 2009
/ -7:05:00 PM
I Havent Seen Biscuits Like This..Do U Like It Too??Pernah tak anda tengok Biskut2 yang sangat chumel mcm nie..? Sukanya tengok chumel2 sangat!Hishh..rasa macam tak sampai hati je nak makan,kn!Rasa macam nak simpan je..(Nanti semut pulak yang makan.. ;p )Tapi kalo bagi nie dekat kanak2 yang datang beraya kat rumah,kompem dorang tak nampak dah duit Raya,asik belek Biskut nie je..Hehehe.. ![]() Labels: Amazing 10 comments |
MusicBox Nuffnang Recents Flashbacks August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 Loves ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana |