TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Friday, December 18, 2009 / -4:56:00 PM
Bercita2 Mahu Menjadi Jutawan Internet?Baca Ini!

Assalamu'alaikum..

Saya ingin bertanya kepada anda semua adakah anda selalu berasa bosan apabila kekurangan wang setiap masa? Adakah anda mengimpikan sebuah rumah idaman ataupun sebuah kereta besar yg mewah?Jika jawapan anda adalah 'YA' mengapa anda tidak pernah mencuba untuk mengambil peluang yang ada untuk 'buat duit' lebih melalui internet?!Percaya atau tidak dengan hanya berbekalkan modal kurang daripada RM200 anda mampu membuka bisnes di dalam 'talian' sendiri dgn begitu mudah!Internet sebagai medium dua hala juga bukan hanya sebagai tempat untuk berhibur semata-mata tetapi merupakan tempat untuk anda mendapatkan 'income' lumayan melalui bisnes online tanpa anda perlu bersusah payah ke tempat kerja meredah kesesakan jalanraya setiap hari..Ini bukan sekadar mitos tetapi adalah realiti!
Anda pernah mendengar, tahu atau kenal dengan Dr Irfan Khairi?Saya tidak percaya jika anda sebagai pengguna internet/blogger tegar di Malaysia mengatakan bahawa anda tidak pernah mendengar akan nama Dr Irfan Khairi..Ini kerana beliau adalah merupakan seorang 'Jutawan Internet' yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia..

Dr Irfan Khairi
Beliau adalah anak kelahiran Ipoh,Perak yang sangat humble & very down to earth..Dr Irfan Khairi merupakan seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Designer dari Universiti Staffordshire, United Kingdom..Terlebih dahulu memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Ekonomi..(tetapi beralih arah ke bidang Multimedia kerana tidak mempunyai minat)..Dr Irfan pernah bekerja di sebuah syarikat besar di U.K sebagai Consultant and  Multimedia System Designer..Beliau mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet seawal usia beliau 25tahun selepas tamat pengajian dengan mencipta/menjual produk serta perkhidmatan tanpa kedai melalui internet sahaja!
Daripada mencuba nasib di dalam perniagaan internet secara sambilan,beliau memperoleh kepuasan daripada jumlah pendapatan yang dijana melebihi jumlah gaji beliau bekerja di pejabat..Lantas Dr Irfan mengambil keputusan untuk membuka bisnis online sendiri..
Sehingga kini beliau telah mampu menjana pendapatan harian sebanyak RM2,000 ke atas setiap hari serta memperolehi pendapatan RM1juta dalam masa 3tahun sahaja..Dr Irfan mempunyai 5 buah laman web antaranya rahsiainternet.com,ideabubble.com dan slash.com.my..Beliau juga memiliki Program Radio & TV sendiri sebagai saluran untuk beliau memberikan ceramah tentang perniagaan internet & motivasi kepada orang ramai..Sekarang beliau giat menganjurkan Worksyop Jutawan Internet serta menganjurkan seminar untuk individu yg berminat menceburi bisnes online..Dr. Irfan juga telah berkongsi rahsia jutawan internet berjaya dgn menulis buku "Rahsia Internet.com- Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar"..
Bukan mudah bagi Dr Irfan Khairi untuk berjaya sehingga ke tahap ini kerana beliau terpaksa melalui fasa kegagalan terlebih dahulu sebelum mencapai kedudukan selesa seperti sekarang..Pada tahun pertama Dr Irfan memulakan bisnes online,beliau sekadar mendapat 3 orang pelanggan sahaja!Namun begitu sebagai seorang yang sentiasa ingin maju & berjaya,beliau tidak berputus-asa dengan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet..
Untuk pengetahuan anda, Dr Irfan Khairi tidak pernah memiliki walau sebuah pun kereta mewah,malahan cara pemakaian beliau juga hanya seperti orang biasa2!(mungkin ini ciri-ciri orang biasa yang bertindak dengan gaya luar biasa untuk menjadi seorang 'millionaire' terkemuka yang berjaya)Sebaliknya,wang & pendapatan yang diperolehi hanya digunakan lebih kepada mendapatkan rawatan terbaik apabila sakit & memberikan pendidikan terbaik utk anak2 kata suami kepada seorang isteri & ayh kepada seorang cahayamata ini..Sememangnya beliau layak dikagumi & dijadikan idola bagi
saya & anda semua yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan internet seperti beliau..
Untuk mencapai matlamat seorang jutawan internet yang berjaya ciri-ciri yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah:  

1.Berfikiran positif 
2.Optimistik
3. Keyakinan diri
4.Bijak mengatur strategi perniagaan
5.Tidak mudah berputus asa

Jangan lupa menetapkan 'goal & target' anda untuk berjaya di dalam perniaagan secara 'online' ini..Cita-cita,matlamat & usaha berterusan amat lah diperlukan disamping memperbaiki dan memajukan diri setiap masa..SEMOGA BERJAYA!!

Gambar Dr Irfan Khairi sewaktu zaman 
beliau masih student mungkin..Beliau juga merupakan 
salah seorang daripada peminat muzik rock.. :)


Photo Source: rindok.com
 
p/s: TERIMA KASIH FCU COMMUNITY KERANA MEMBERI 'TASK' YANG SUNGGUH MENCABAR INI NAMUN MELALUINYA SAYA MEMPEROLEH BANYAK PENGETAHUAN SERTA DAPAT MEMOTIVASIKAN DIRI
SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA :)


Labels: ,


31 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Salam Ma'al Hijrah 1431H
  • Million Thanks!
  • Princess Kebaya Contest
  • Bantu Saya Ubah Blog Saya
  • Teknik Trafik Level Master KamiBlogger ( Task ke-2 )
  • Cabaran Level Master 2009 (FCU Community)
  • Penang, PISA Pikom PC Fair 2009
  • Top Commenter Contest Blog Ekspresi Dot Com!
  • Pesan Dari Bidadari Syurga (Pengalaman Abu Sulaima...
  • Google Sakit ehh!??


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati