TINTABICARAHATI
Disclaimer

Hi.
IF YOU HAVE ABSOLUTELY NO IDEA WHERE THIS IS, fyi,THIS IS
Tinta Bicara Hati
My Blog,my opinion. If U dun like it though.. Pls leave then. To stalkers..I mean 'she & her frens'.. (You know who you are), you are UNINVITED here.. So,go away!!!!Get your life!!

Profile

Lady E, January 1984,
Small Town, Malaysia.

Obsessed with TV Shows,
Supernatural, Big Apple Donuts,Secret Recipe,Books, Mags.


I hope We will be friends
as long as stars twinkle in the sky..
'till the oceans run dry
& 'til the day I die..InsyaAllah.."

XOXO
Lady E
.


My Shining Stars




Tagbox




BlogEntries
» Wednesday, September 9, 2009 / -2:21:00 PM
Contest Ibu Damia..

Assalamu'alaikum..Dah 2hari rasanya saya tak jenguk Blog, siang semalam sempat lah juga saya Blogwalking skjp itu pun tak banyak Blog kwn2 yg saya dapat jenguk sebab waktu yg terlalu mencemburui..!Dan dalam waktu blogwalking tersebut saya terjumpa 'Contest Decalare Ur Love' dianjurkan oleh Ibu Damia..Contest tersebut sangat menarik!Jadi saya ambil sedikit masa yg ada utk sertai 'Declare Ur Love Contest'..

Dibawah tertera syarat2 yg Ibu Damia tetapkan utk 'Declare Ur Love Contest'..Jom kita lihat..!(Knp saya ini selalu 'skema'..!?)

CONTEST INI BERMULA PADA JAM
10 PAGI, 22 OGOS 2009

DAN AKAN DITUTUP PADA JAM
10 PAGI, 10 SEPTEMBER 2009

Syarat-syaratnya:

1. ADD URL Link Damia Aleesya & Damia Ayyunie di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://ibuayahdamia.blogspot.com & link semula url pasal contest ni & tepek as a banner di blo g masing2....(Suda add,Ibu!)

2. Contest ni terbuka kepada semua pasangan tak kira yang dah kahwin, bertunang, bercinta atau dah clash. Kalau boleh ceritakan tentang pasangan sekarang lah.
(bagi yg tak der blog boleh email ke zamzarina99@yahoo.com)(Suda siap cerita Ibu Damia..Ibu jgn ketawa ye baca kisah cinta saya tu..Malu niehh!!)

3. Diwajibkan upload sekeping gambar anda dan pasangan anda sebelum kahwin (bg yg dah kahwin) dan yang belum kahwin gambar terkini ok. Sila nyatakan nama anda & pasangan anda serta dimana gambar itu diambil.(Siap..!)

4. Dalam cerita anda, wajib ada isi kandungan berikut:

- tarikh declare

-tempat declare

-suasana declare

-siapa yg declare

-bagaimana declare itu dilafazkan

-yg lain pandai2 tambah sendiri mengikut kekreatifan anda (Done!)

5. Pemenang dinilai mengikut cerita yang paling kreatif. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah.
Bagi penyertaan yang ke-10 akan mendapat hadiah misteri.

6. Juri2 adalah terdiri daripada 2 orang staff ibu & ayah Damia serta 3 orang pelajar cemerlang sekolah ibu dan ayah Damia iaitu PUSAT BAHASA PELANGI.

7. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & pasangan anda di entry ini.....
 http://ibuayahdamia.blogspot.com/2009/08/declare-your-love-contest.html

:: Hadiah utama untuk contest ini ialah ::
Creative 2GB Zen Mp4 Player
 

Ceritera Cinta

Ceritera cinta kami bermula di bangku Sekolah..Kami bersekolah di Sekolah Menengah yg sama..Bermulanya cinta kami hasil drp pertolongan kwn2 yg sangat2 ikhlas mahu ‘menjodohkan’ kami berdua waktu itu.. Kami sendiri tidak tahu mengapa tp kata mereka kami pasangan yg secocok..Kami hanya mampu tertawa bila mendengar ungkapan secocok tersebut..

Sebenarnya, waktu tersebut dia merupakan ‘budak baru’ di S.M.K.P(Sekolah ku)..Kelas kami berasingan & kami mengambil aliran yg berbeza di tingkatan 4..Perkenalan terjalin seusia 16thn..Kisahnya, waktu rakan2 sekelas & rakan2 tingkatan yg lain kecoh2 dgn kehadiran ‘budak baru’, saya pula terpinga2 tidak tahu apa2..Tiba2 terfikir, bagaimana mereka2 ini lebih ‘advanced’ lg drp ku? Tak sangka, kecil2 lagi mereka ni dah ada bakat utk menjadi Wartawan..!Tiba2 terasa diri ‘Spt Katak Di Bwh Tempurung’ pula..Kecoh lah classmates yg perempuan2 waktu itu nak pergi ‘mengintai’ budak lelaki bernama ‘H*****’ yg baru masuk ke S.M.K.P waktu itu..Saya pula buat hal sendiri sementelah lh saya nie memang pendiam org nya..(Tapi skrg agak becok juga..!)

Sewaktu di dalam kelas, sementara menunggu guru kelas masuk kami bersembang2 sekejap..Suasana kelas sngt bising waktu itu..Tiba2 entah dari mana dtg budak perempuan dr kelas sebelah bernama Rahimah bertanyakan ada tak orang bernama W***** kt dlm kelas nie skgr kpd salah sorg classmates saya..Katanya ada budak baru yg namanya H***** kirimkan salam pada W*****..Eh!Dlm kelas nie ada 2 org nama nya sama & hampir sama dgn W*****?Mana 1 W***** yg dimaksudkan?Tanya classmates saya pd pelajar yg bernama Rahimah tersebut..Tiba2 jarinya menuding ke arah saya..!?Saya pun..Eh!Awak nie salah org kut..!?Takkan saya!?Pelajar yg nama Rahimah tu cakap,betul memang saya..Hanya saya yg bernama W***** bukan Nurul W***** ataupun Nur W*****..! Habis kecoh 1 kelas pasal budak baru kirim salam pd saya..Malunya saya waktu tu..!Tiba2 jadi bahan gosip..

Reda seketika gossip tersebut tapi beberapa minggu kemudian,classmates saya Salina namanya..mahukan no.telefon rumah saya..(Waktu tu belum ada Telefon Bimbit sendiri lagi..)Saya pun bertanya,utk apa mahu no.telefon rumah saya?Jawab Salina,mana lah tahu kalau2 ada kerja sekolah yg Cikgu bagi boleh lah dia telefon discuss dgn saya..Saya pun tanpa berfikir panjang terus beritahu Salina no.telefon rumah saya..Seminggu berlalu..pada suatu hari saya terima 1 panggilan telefon..Ada seorang budak lelaki nak berkenalan..Siapa?Katanya dr Sekolah yg sama..Dh lama katanya dia ‘mengintai’ saya dalam diam..Saya agak ragu2 & risau waktu tu sebab jarang ada org lelaki yg menelefon ke rumah saya tp tiba2 pula dapat panggilan telefon drp budak lelaki yg tak dikenali.. Saya tanya dia mcmana dpt no.telefon saya?Dia dr kelas mana?Apa nama?Knp telefon saya?Siapa dia sebenarnya??Dia pun bagitahu saya nanti kalau saya nak tahu siapa dia,bila habis kelas esok dia minta saya keluar drp kelas dan jangan lupa pandang balkoni bangunan kelas sebelah..Katanya, ada org yg akn lemparkan senyuman kpd saya di situ..Ya..Allah.. ‘gabra’ nya saya waktu tu, saya tak kenal org tapi org pulak kenal saya..Mcmana nie?!Esok nya selepas habis kelas pkl 1tghari saya terus keluar kelas dgn penuh rasa gementar..Bila tiba di luar kelas,saya gagahkan juga memandang ke balkoni kelas sebelah walaupun dalam hati rasa jantung berdegup kencang krn sangat gementar..!Tiba2 dihujung balkoni ada seraut wajah yg mempamirkan senyuman manis kpd saya di sebalek sudut..Bila terlihat kan saja wajahnya,terus saya berlalu sambil menyimpan senyuman di dalam diam..Itu kah rupanya dia yg selama ini mengintai di sebalik tabir cinta..

Selama itu, surat2 & hadiah mewarnai hubungan kami kerana kami jarang sekali bertemu bimbang menjadi sasaran gossip rakan2..Sebulan berlalu, si dia merisik2 mahu menjalinkan hubungan lebih drp seorang kawan..tp..hati saya sangat malu utk menerima & utk mengatakan ‘Ya’ sekalipun sayatak mampu..!Hari berganti hari, dibiarkan hatinya yg mengharap..Saya sngt segan waktu itu utk menerima huluran cinta tambah pulak dia yg dulu pelajar baru disekolah saya terlalu ramai ‘peminat’ perempuan..tambahan pula dia di antara pelajar yg selalu mendapat tempat yg terbaik di dalam peperiksaan & sering mendapat hadiah..Siapa lh saya pula nk menandingi dia & menandingi perempuan2 lain itu..Mungkin saya terlalu rendah diri waktu tu..Begitu lama penantian, akhirnya menginjak usia 17thn sewaktu saya & dia di tingkatan 5 baru lah saya berani utk menyambut cinta yg diberi.. Di talian telefon dia sekali lagi bertanya“Sudikah terima cinta saya?” & akhirnya jawapan “Ya” terpacul juga drp mulut saya tepat jam 01:00pg yg sangat sunyi & tenteram..

Selepas habis Sekolah Menengah, kami menempuh haluan berbeza..Diatas keputusan SPM yg baik, masing2 menyambung pelajaran tetapi masih berhubungan namun perhubungan jarak jauh kami waktu itu memang terlalu menduga hati..Hubungan kami mula renggang & semakin jauh akhirnya hilang begitu sahaja..Melalui hari2 kehilangan ‘cinta pertama’ amat memeritkan tp kami terpaksa terima krn akur pd takdir & jarak yg memisahkan kami waktu itu & pelbagai halangan lain..Setelah beberapa lama ‘kehilangan jejak’ & saya pula telah melalui 6 kali pengalaman putus kasih akhirnya cinta antara kami kembali bertaut apabila dia kembali ke Kampung halaman & cuba mencari saya..Suatu hari yg tdk disangka2 suaranya yang bertahun dirindui kembali menyapa di telinga saya..Fikirnya saya sudah menjadi milik org tapi syukur katanya, krn saya masih keseorangan..Mungkin masih menanti dia utk kembali..Lantas kami menjalin kembali hubungan cinta yg pernah hampir menjadi sejarah..


Krn tidak mahu ‘kehilangan’ lagi, kami telah mengikat ikatan pertunangan selama 6 bulan..Selama 6 bulan itu juga kami di landa pelbagai cabaran & dugaan utk memastikan ikatan cinta kami tetap utuh..Akhirnya, pada tanggal 15 Mac 2008 yg lalu di Masjid berdekatan rumah pengantin perempuan dalam suasana penuh kesyukuran & kegembiraan, dengan sekali lafaz sahaja kami telah pun sah sebagai suami isteri..
Alhamdulillah..!Hampir 11tahun kami mengenali, merasai manis & perit nya cinta, putus & bersambung..Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya..Amin!

~ To Ibu Damia & her husband..Best wishes to you both on Ur anniversary!
May the love that you share last your lifetime through,
as you make a wonderful pair..
Happy Wedding!~ 

 

Lokasi: Di tepian pantai kawasan R & R, Bagan Ajam, Penang.. 
( Gambar sewaktu masih di alam pertunangan..)

Labels:


22 comments
▲ Back to top


MusicBox





Nuffnang



Recents

  • Mencari Al-Qadr ( Lailatul Qadar )..
  • Bibir Gothic Ku!!
  • Eksiden!Pandu Cermat..Anda Mampu Mengubahnya..
  • Lagu Syahdu Malam Ramadhan..
  • Selamat Hari Kemerdekaan Yg ke-52,Malaysia!Merdeka!
  • My New Blog!


  • Flashbacks

    August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010


    Loves

    ♥Adol ♥Adjla ♥Alynn ♥Anis ♥Areman ♥Asada ♥Ateh ♥Auna ♥Ayu ♥Baiti ♥Bie Azreena ♥Bulan ♥Cik Dara ♥Dhada ♥Eryatie ♥Hada ♥Hanie ♥Hans ♥Iffa ♥Javabis ♥Ken Wooi ♥Lisa ♥Maisarah ♥Mat Ju ♥Mbak Nura ♥Mr Suhaimi ♥Morika ♥Nana ?Naz ♥Notes from the Clinic ♥No Warez ♥Pangkin 4 Rest ♥Rampage ♥Sis Nza ♥Sis Syuhada ♥Sizuka ♥Surie ♥Wawa Syaida ♥Yana
    Tinta Bicara Hati